Friday, 16 December 2011

BAB 1

‘Ehh apesal pulak mp3 aku ni? Tadi okey je ‘ Dia menekan – nekan kasar punat di mp3 nya itu hampir tercabut punat – punat itu ditangannya.

‘Tadi elok je bunyi apesal tiba – tiba aje tak bunyi pulak ni. Buat penat aje aku stay kat kelas hari ni.’ Sengaja dia tak keluar rehat hari ini semata – mata ingin mendengar lagu 
yang baru dimuat turunnya semalam.

“Assalamualaikum,” Kedengaran suara garau memberi salam dari pintu kelasnya. Hampir jatuh mp3 yang berada dalam pegangannya.

“Waalai..kumusalam “dia tergagap – gagap apabila disergah sebegitu oleh penyelia tingkatannya segera dia menyebunyikan mp3 nya di bawah meja bimbang dirampas.

“Afie awak tak keluar rehat ke?” Tanya en. Ahmad

“Tak cikgu saya puasa” bohongnya. Dia terpaksa menipu bagi mengelakkan tembelangnya pecah.

“Oh kalau macam tu awak tolong saya. Ni kenalkan pelajar baru kelas awak Amran gadafi.” Amran sepatah sahaja keluar dari bibirnya

Afie aku sekadar tersenyum tanpa membalas huluran tangannya

"Okey ni ambik kertas ni kat sini saya dah tulis barang keperluan pelajar baru ini." Dia mencpai kertas yang dihulur oleh en. Ahmad.  

"okey jom cikgu kejap lagi saya ade kelas macam mane?"

" Takpe ambik ni nanti saya maklumkan kepada guru awak"

"Hmm baiklah amran jom dia mengajak pelajar itu"

Mereka berjalan seiringan ke bilik spbt dimana buku – buku teks disimpan dia mengetuk dan memberi salam setelah memaklumkan perkara itu mereka bergerak ke rak buku yang menempatkan buku – buku tingkatan lima

"Awak ambik aliran apa?" Tanya afie

"Sains tulen" hanya sepatah dibalas amran

"Okey pegi ja cari kat rak – rak tu semuanya ade"

"Awak buku teks addmath kat mana takde pun " afie yang baru sahaja melabuhkan punggung bangun semula menuju ke arah rak – rak tersebut setelah beberapa lama mencari  

"hmm takde la wak kejap eh. cikgu buku addmath habis ke?"

"A’ah terlupa pulak nak beritahu kamu tadi, minggu depan baru sampai yang baru."

"Takpe lah nah isi borang ni dulu amran menyambut huluran tersebut saya isi kat sana ye" dia berlalu tanpa menunggu jawapan afie

Afie bertenggek di sisi meja gurunya sambil berbual sesuatu seketika kemudian amran datang dan menghulurkan buku tersebut.

" letak buku ni kat sini dulu la saya nak bawak awak pegi ambik gambar dan membuat kad pelajar dulu"

" kena ambik gambar jugak ke? Nak buat ape?"

"Satu- satu la tanya penat saya nak jawab kena la ambik gambar nak letak kat kad pelajar macam ni" afie menunjukkan kad pelajar yang tergantung di lehernya.

"Kak nak buat kad pelajar untuk pelajar baru ni" katanya selepas meloloskan diri masuk ke kedai buku di sekolah mereka.

"Hah kau afie kak ingat langsuir mane tadi ketawa" merkea berpadu

"Mane ade langsuir siang- siang ni kak oii eh cepat la afie kena masuk kelas awal ni"

"Lewat dah pun kejap" akak alin mencapai kamera DSLR nya di atas meja dan menyuruh amran duduk di kerusi yang disediakan setelah selesai mencetak kad pelajar dan kad perpustakaan amran mereka pergi semula ke pusat spbt tersebut untuk mengambil buku
afie berjalan laju selepas melihat tangan nya 
"eh dah lewat sngat ni nanti cikgu tu marah " katanya kepada amran

"afie! Tunggu lah saya bawak buku banyak ni lain lah awak tu"

"hehehe sorry okey- okey meh sini beg awak saya bawakkan"

"tempat sebelah awak tu kosong kan saya duduk situ boleh?"

"A’ah boleh la jom"

Masuk sahaja ke kelas mata afie terpandang guru disiplinya mereka bergerak ke tempat masing – masing.

"Aduh spotchek mane nak letak mp3 ni"

" afie meh sini saya sorokkan"  amran berbisik ke telinga afie

Dia berpusing amran mengambil mp3 nya dan meletakkan didalam fail pelajarnya

"Fuhh selamat thanks ye amran"

"U are most welcome!"













BAB 2

Dia berjalan kehulu kehilir sambil melihat jam di pergelangan tangannya pemberian amran yang satu itu tidak lepas dari pandangan matanya.

Deringan lagu matta ‘jambu’ kedengaran segera dia menjawab telefonnya tanpa melihat pemanggilnya.

“Hello assalamualaikum sayang..”  suara itu kedengaran romantis sekali sedikit terubat kerisauan di hatinya.

“Waalaikumusalam awak kat mane  ni? Kenapa lambat sangat ni?”

“Saya kat 7e lagi ni  motor saya ni tiba- tiba je meragam”

“Ye ke? Nak suruh saye pegi ambik awak tak? Awak okey ke tu?”

“Tak payah la sayang tunggu je kat rumah eh kejap lagi okey la ni”

“Takpe2 awak tunggu kat situ saya pegi ambik awak sekarang jugak “

“Tak payah la awak saya pun on the way nak pergi workshop dekat – dekat sini ”

“Okey la macam tu saya tunggu awak kat rumah aje “

“Macam tu la sayang amran. Afie.. afie jage diri eh “

“Tanak la awak kan ade awak jage la saya”

“amran tak leh jaga afie. Afie dah besar panjang afie kena la jage diri sendiri. Okey la wak saya pergi dulu jaga mak saya elok – elok tau assalamualaikum.”
Talian diputuskan tanpa sempat afie membalas apa – apa.

Afie menahan geram tiba – tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi menandakan ada pesanan masuk.

‘amran sayang afie selamanya jage diri dan family amran mungkin amran lambat balik kot sayang tidur dulu esok amran pergi rumah sayang bagi komik ni ye’

Takpe saya tunggu awak. Balas afie
*********************************************************

            “Afie.. afie bangun dik” afie bangun dan mengeliat dia pelik melihat mata abangnya yang merah itu.


“Abang kenape? Menangis eh? Kenape ni bang cerita la kat afie mane tahu afie boleh tolong” kerisauan mula menjentik hatinya jarang benar abangnya menangis.

“Amran dik amran.. “ tersekat – sekat abangnya bersuara
Hatinya berdegup kencang rasa tidak enak malam tadi mula kembali bersarang dihatinya. Dia tahu sesuatu yang buruk telah berlaku kepada amran kalau tidak masakan abangnya akan menangis begitu.

“Kenapa dengan amran bang “ katanya separuh terjerit. Tangan abangnya di goncang – goncang perlahan.

“Amran dah meninggal dunia dik. Adik sabar ye” alif merangkul tubuh afie, dipeluknya erat tubuh tersebut. afie perlu ditenangkan itu pesan ibunya sebelum keluar tadi.

“Whatt!! Dia menjerit lantang abang tipukan! Abang kenakan adik kan’’ airmatanya 
mengalir laju cuba menafikan perkara tersebut perlahan-lahan tubuhnya terasa lemah. Matanya mula kabur digenangi air mata.

“Adik pergi mandi dulu kejap lagi kita pergi rumah arwah kejap lagi jenazah sampai “ pujuk alif dia tidak mahu afie tenggelam dalam kesedihannya.

“Abang tipu! Abang cakap abang tipu adikkan?” Katanya sambil mencekak kolar baju abangnya. Alif cuba menenangkan afie belakang afie ditepuknya perlahan. Tiada sedikitpun rasa marah kepada adiknya apabila dituduh seperti itu.

“Adik.. adik relax dulu pergi mandi dulu. Nanti abang ceritakan semuanya, ” dia tidak sampai hati meninggalkan adiknya sendirian lalu memapah afie ke kamar mandi.
Setelah usai mandi afie duduk di atas katilnya dia tidak tahu apa yang bermain di fikirannya sekarang ini. Matanya merenung lantai kosong tersebut.

Alif mengajak afie ke rumah amran untuk melihat jenazah amran. Dia mahu adiknya sedar bahawa amran tidak lagi bersama mereka. Sebelum ke sana ibunya sudah berpesan kepadanya untuk menemani afie ke rumah amran.

“Amran tak mati kan abang? Abang tipukan? “ Pertanyaan itu terus bermain di bibirnya tanpa henti air matanya sudah membasahi pipinya. Dia berpaut di tangan alif cuba mencari kekuatan.

“Adik.. sabar dik istighfar dik ingat allah, ” pujuknya setelah afie sedikit tenang mereka menapak ke rumah amran yang hanya selang lima buah rumah dari rumah mereka.
Dia mengenggam tangan abangnya sampai dirumah amran afi tetap menggenggam tangan abang nya banyak mata – mata tertumpu kearahnya dia berasa tidak selesa.
Kelihatan ibu amran menagis di bahu ibunya dia menghampiri mereka tubuhnya dirangkul ibu amran

“Auntie kenape ni kenapa menangis ni?” tanya afie dia keliru

“Amran dik amran dah takde..” kata – kata ibu amran itu seolah – olah halilintar membelah hatinya. Kesakitan yang dirasainya berganda mendengar surah yassin dibaca di sebelah tubuh kaku diatas katil amran.

“Tak amran hidup lagi dia tak mati kan auntie.. auntie tipu adikkan” dia menolak tubuh ibu amran  ketepi perlahan dia melihat tubuh yang terkujur kaku dia atas katil itu tubuhnya di baluti kain kafan putih . dia perlahan – lahan menyingkap kain putih yang menutupi wajah tubuh itu.

AMRAN! Tubuhnya lemah dia sudah tidak mampu berdiri lagi tubuhnya terasa ringan dan jatuh melayang dia sudah tak sedar apa yang berlaku sekelilingnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Matanya dibuka apabila terasa air sejuk mengenai mukanya. Kelihatan abangnya memangku kepalanya ibunya pula setia mengipas mukanya. “Ibu adik kenapa?” Dia cuba mengingati sesuatu namun kepalanya terasa berat sekali.

“Adik kat bilik auntie adik pitam tadi “ kedengaran suara auntie sal lembut menjawab sambil melangkah menuju ke katil yang menempatkan tubuh lampai itu.

“Amran! Amran mana auntie adik mimpi dia.. dia..” afie masih teragak – agak mahu meneruskan kata – katanya.
Bagaikan mengerti auntie sal terus mengusap lembut kepala afie. “Afie amran dah takde nak sabar ye semua ni ketentuan tuhan”

Afie sudah tidak berdaya membalas apabila melihat keikhlasan yang terpancar diwajah tua itu. Kagum dia dengan kecekalan yang dimiliki wanita itu. Sedangkan anaknya yang meninggal pagi tadi kini dia sudah mampu tersenyum kepada afie.
Dia bangun dia ingin ke bilik amran dia mahu membacakan yassin kepada arwah sedikit demi sedikit semangat nya dikumpul dia menuju ke sebelah katil amran dimana abangnya dan beberapa sanak saudara amran membacakan yassin dia menyertai mereka.

Dummmmm bunyi kilat itu membatkan dia terjaga dari lamunanya
Dia terjerit kecil akibat terkejut tingkap yang sedarinya terbuka ditutupnya kelihatan susuk tubuh jiran sebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Dia sekadar menghadiahkan senyuman kecil dan terus menutup tingkapnya. Dia kemudian terus tidur tidak mahu igauannya kembali dia membaca ayat kursi berharap supaya mimpinya tidak kembali lagi.



Monday, 12 December 2011

PROLOG

“Awak jangan tinggalkan saye wak saya tak leh hidup tanpa awak “ air mata dipinya bertali arus keluar tanpa dapat dikawal lagi. Jeritannya tidak di pedulikan oleh tubuh itu. Amran tetap berlalu pergi seketika kemudian , dummmmm!!  kuat bunyi itu menyapa pendengarannya. Dia melihat tubuh itu dilanggar sebuah kereta satria neo bewarna kuning serentak itu dia membuka matanya memandang sekeliling. Dia duduk berteleku sambil beristighfar seketika sekadar untuk menenangkan hatinya.

“Aku bermimpi rupanya “ desis hatinya.

Mimpi itu acap kali mengganggu lenanya kebelakangan ini. lantas dia bangun dan berwudhu’ lalu menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat itu sahaja yang mampu dilakukannya tika ini. Setelah selesai bersolat dia berwirid seketika jam disisinya dijeling 2.00 pagi! Awal lagi ni gumamnya

Dia berlalu menuju ke balkoni rumahnya angin yang menderu seolah – olah cuba menerbangkan masalah yang bersarang dihatinya dia duduk di atas salah satu kerusi disitu sambil memeluk lututnya air matanya yang mengalir apabila teringatkan amran ya amran sebuah nama yang terlalu agung dihatinya.

Nama – nama allah yang dilagukan entah siapa menyapa pelupuk telingganya. Afie semakin menumpukan perhatian kepada suara itu. Bibirnya pula perlahan – lahan menurut zikir dari suara itu. Tenang sedikit hatinya yang lara. Lehernya dipanjangkan ke rumah sebelah. Dia cuba mengintai ingin memastikan suara itu datangnya dari mana namun hampa tidak sedikitpun kelihatan kelibat manusia disitu.

Kedinginan malam mula menggigit tubuhnya ditambah pula dengan hujan renyai membuatkan dia tidak betah berada di situ lagi.

 “ahh takde pun maybe dia dalam bilik kot biarlah “ desisnya mula memboloskan diri kedalam biliknya semula.

Rambutnya yang panjang mengurai itu di kuis kebelakang. Rakan – rakan sepejabatnya juga sudah beberapa kali meminta ‘resepi’ kecantikkan rambutnya.  Terkadang mereka mengusiknya dengan menanyakan jenama shampu yang dipakainya. Entah lah dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berkongsi rahsia itu.

Dia sudah tidak peduli siapa yang berzikir itu hujan renyai – renyai membuatkan  kesejukkan mengigit tubuhnya memaksa dia masuk ke dalam rumah. Dia ingin tidur semula tapi dia takut mimpi itu akan menganggu nya lagi. Dia berbaring dan memandang kosong ke siling sambil melepaskan sebuah keluahan kecil. kenangan lama itu perlahan – lahan menjalar ke fikirannya.


Thursday, 1 December 2011

Bab 3

Hampir pengsan afie apabila melihat jadual yang di tampal pada papan kenyataan kem tersebut. Aktiviti meredah hutan adalah musuhnya sejak azali, kerana itu jugalah dia tidak suka mengikuti kem – kem seperti itu. Sudah terbayang – bayang keletihan yang akan di tempuhinya, tanpa sedar dia mengeluh kecil.

“ allah tak suka orang yang mengeluh tau “ afie terus menoleh apabila mendengar suara tersebut. Hampir luruh jantungnya disergah seperti itu pergerakkan pantasnya menyebabkan kakinya terasa sakit. Afie terduduk kesakitan

Fendy hanya tersengih kepada afie apabila menyedari kesilapannya. Dia duduk bersila di hadapan gadis itu dan merenung wajah gadis itu. Matanya sepet seperti anak cina, hidungnyua yang mancung di serikan lagi dengan bibir comelnya menambahkan lagi daya tarikan pada diri afie.

“Ehem... ehem..” mira beredehem dari belakang afie apabila melihat fendy asyik merenung wajah rakannya sehingga dia disitu pun tidak disedarinya. Entah apa yang di perhatinya pun tak tahu lah.

Mira melabuhkan punggungnya disebelah afie yang sedang leka membelek pergelangan kakinya itu. Pelik melihat rakannya yang seolah – olah begitu berminat dengan pergelanggan kakinya itu. Seperti tidak pernah tengok sahaja lagaknya.

“ kenapa kaki kau tumbuh ‘cendawan’ ke?”  Cendawan yang dimaksudkan disini adalah jerawat entah dari mana muncul gelaran tersebut sejak berada di tingkatan satu lagi afie didedahkan dengan perkataan tersebut.

“hish kau ni takde la ni kaki aku ni sakit la” katanya kepada mira sambil kakinya disuakan kepada mira. Mira mengurut – urut perlahan kaki sahabat baiknya itu, dia tidak pandai mengurut namun kerana kasihankan rakannya itu terpaksalah.

Afie meminta pengecualian daripada menyertai aktiviti pada hari itu. Dengan memberi alasan bahawa kakinya sakit afie berjaya mengelakkan diri dari menyertai aktiviti lasak pada hari itu. Biarpun terpaksa berpura – pura bahawa kesakitan yang di alaminya itu tidak teruk namun afie tetap bersyukur tidak di bawa ke hospital. jika tidak pasti mereka akan tahu kecederaannya agak parah. 

menghabiskan hari - hari terakhir disitu amat menyiksakan afie kesakitan yang dialaminya membuatkan dia terpaksa dikecualikan beberapa kali dari aktiviti lasak. perasaannya bercampur baur antara senang dan malu kepada rakan - rakannya yang lain.










Sunday, 27 November 2011

BAB 2

“ kalau aku tahu tak nak lah aku datang sini jauh lagi ke ni?” rungut afie kepada sahabatnya. Perjalanan sejauh tiga kilometer itu memang memenatkan mereka. Peluh yang mula merinik di dahi afie di sekanya dengan hujung baju.

“ tak jauh dah dekat depan tu aje” soalan afie di sahut oleh seseorang dari belakang. Serta merta langkah dia dan mira terhenti lalu menoleh, kening mereka terangkat dan berpandangan seketika lalu meneruskan perjalanan mereka tanpa bersuara lagi.

“ okey semua berkumpul kat sini cepat!” setelah meletakkan beg di tepi dewan mereka mula masuk dan berkumpul mengikut tingkatan. Semua telefon bimbit dan barang berharga mereka di kumpulkan namun afie dan mira cepat – cepat menyembunyikan telefon bimbit mereka di dalam beg.

Setelah dibahagi kepada beberapa kumpulan mereka mula bergerak ke tapak khemah yang di sediakan. Afie dan mira sekumpulan itu pun setelah melakukan penipuan dalam barisan tadi.

Afie dan mira yang sudah cekap memasang khemah mula menunjukkan kepakaran mereka. Setelah memasang khemah semua ahli kumpulan mereka di kerah mendapatkan alat untuk membersihkan kawasan tersebut. Afie dan mira hanya duduk di muka khemah mereka sambil berbual – bual

“ khemah korang ni dah siap bersih ke? “ tanya salah seorang dari sekumpulan lelaki yang melalui khemah mereka. Afie baru perasan bahawa lelaki itu yang mencelah perbualan mereka tadi dia memandang mira. Mereka berlima adalah pembantu guru di kem tersebut, kelihatan mereka seperti orang yang sudah menamatkan persekolahan sahaja.

“belum” jawab mira sepatah keletihan yang membelenggu dirinya membuatkan dia tidak mahu banyak bercakap.

“habis tu korang buat ape ni? Tak reti – reti nak pergi kemas khemah tu?” tanya lelaki yang memakai baju oren itu pula.

“sorry ya abang kalau kami menganggu mata abang tu  kami tengah tunggu penyapu la ni.” Mira mula berkata – kata lagaknya seperti mahu bergaduh sahaja. Afie menarik tangan mira sambil memberi isyarat mata supaya mira menjaga tingkahnya.

Kelima – lima orang pemuda itu berlalu ke khemah yang lain pula. Lega afie kerana mira sangkaannya meleset. Bimbang juga dia mira akan bergaduh dengan abang – abang fasilator itu tadi. Afie dan mira berlalu ke sungai berdekatan dengan khemah mereka setelah memastikan khemah mereka kemas dan teratur. Mujurlah ahli kumpulan mereka itu adik – adik junior mudahlah bagi mereka mengarah merek membuat kerja.

Masih ada 15 minit untuk mereka berkumpul semula bagi menunaikan solat asar. Afie dan mira bergegas mandi kerana mereka berasa tidak selesa jika bersolat tanpa membersihkan tubuh mereka terlebih dahulu. Tergesa – gesa mereka masuk ke dewan tersebut kerana sudah terlewat lima minit, itu semua gara – gara jam tangan afie yang tertinggal di atas kolah air maka terpaksalah mereka berpatah balik ke situ untuk mengambil jam tangan kesayangan afie.

Mereka mencelah kedalam saf setelah selesai memakai telekung , bimbang di sedari oleh kem komanden yang mereka telah lewat. Setelah menunaikan solat berjemaah mereka di beri sedikit tazkirah afie bangun mengubah tempat duduknya ke sebelah mira.

“  anak yang baru dilahirkan itu ibarat kain putih yang suci dari apa – apa kotoran. Tugas seorang bapa adalah untuk mencorakkan kain itu, manakala ibu pula untuk mewarnakan keseluruhan kain itu. Tugas anak? Tugas anak ialah memastikan kualiti kain itu berada di tahap terbaik. Warna dan corak tak cukup untuk menjamin kualiti kain tersebut yang di perlukan adalah ketulenan kain tersebut yang belum pernah di koyak atau dirosakkan sesiapa. Itulah harga seorang insan yang di lahirkan di bumi allah ini siapa kita untuk merosakkan anuggerah tu?”

afie berfikir sendirian bagaimana seorang gadis rela menyerhkan mahkotanya kepada orang yang belum tentu adalah jodohnya. setelah itu tega pula mereka membuang bayi yang tidak berdosa di merata - rata. tidak takutkah mereka kepada hukuman allah? lamunan afie terhenti setelah di cuit oleh mira, dia menunpukan semula perhatiannya kepada tazkirah tersebut.




♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫




Malam itu setelah sesesai bersolat mereka di bahagikan lagi kepada enam kumpulan. Kali ini taktik mira dan afie tidak menjadi kerana setiap pelajar tingkatan lima ditugaskan untuk mengetuai setiap kumpulan tersebut. Malam itu mereka di minta untuk menghafal lima perkara mengenai ahli kumpulan masing -  masing. tercabut jugaklah satu dua wayar otak afie.

Setelah menjalani beberapa aktiviti mereka di benarkan pulang ke khemah masing – masing namun ketua – ketua kumpulan tadi di minta tunggu di dewan itu untuk di perkenalkan kepada fasilitator yang bertugas di situ. Afie sedaya upaya menahan kantuknya, sambil menunggu kedatangan guru mereka afie dan mira duduk bersandar di tiang dewan dan berbual bersama pelajar tingkatan lima yang lain.setelah beberapa minit menunggu Afie meminta izin pulang ke khemah sebentar untuk mengambil jaket setelah kesejukkan malam mula mengigit tubuh kecilnya.

“ jom am teman” pelawa izham pelajar dari kelas sebelah. Afie teragak – agak namun tidak menolak pelawaan itu dia tiada pilihan lain hanya izham yang membawa lampu suluh waktu itu. Mereka berjalan agak jauh seperti musuh yang baru berjumpa sahaja lagaknya seorang ditimur seorang selatan .

“afie, kenapa diam?” tanya izham memulakan perbualan

“tak de pape la afie mengantuk je” kata afie lemah matanya sudah semakin memberat ditambah pula dengan keletihan yang melingkari tubuhnya. Membuatkan dia mahu tidur sahaja kala ini.

Setelah memakai jaket bewarna biru lembutnya afie melangkah keluar perlahan – lahan dari khemah tidak mahu mengganggu penguni khemahnya yang sudah di buai mimpi itu. Mereka beriringan ke dewan semula tanpa sebarang bicara. Masing – masing berdiam diri melayan perasaan.

Sudah banyak cerita buruk yang sampai ke telinga afie mengenai lelaki di sebelahnya ini. Izham merupakan salah seorang kasanova di sekolahnya tanya sahaja mana – mana pelajar perempuan di sekolahnya pasti mereka mengenali lelaki ini. Rupanya kacak di tambah dengan kulit putih bersihnya itu cukup unutk melengkapkan pakej jejaka terhangat disekolahnya. tidak usah bersusah payah adik - adik junior mereka sendiri datang mencarinya alangkah baik jika rupanya diiringi dengan perangai yang baik.

“ hah kenapa awak berdua lambat?” tanya pemuda tinggi lampai itu kepada afie setelah mereka masuk ke dewan terbuka itu.

“ maaf kami pergi ambil jaket tadi” kata afie jujur. Sejujurnya dia tidak suka dengan sikap pemuda ini seolah – olah cuba mencari pasal sahaja dengan mereka sedari petang tadi.

“ hmm pergi duduk sekarang, apa nak jadi ni dekat kem ni pun nak bercinta lagi balik nanti korang bercinta la puas – puas tak payah lah nak bercinta dekat sini“ bebel pemuda itu perlahan tetapi masih mampu menyapa pendengaran afie. Afie terus – terusan menyumpah seranah lelaki itu di dalam hatinya jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia mencekik lelaki itu. Geram kerana di tuduh sebegitu, pasti izham juga malu dengan tuduhan tersebut.

selepas di perkenalkan dengan keenam – enam orang fasilitator yang bertugas mereka dibenarkan pulang semula ke khemaah masing – masing. pemuda yang menegur mereka itu pula adalah salah seorang fasilitator mereka . afie menghadiahkan jelingan tajam kepada muiz lelaki yang mengutuknya sebentar tadi sebelum melangkah keluar dari dewan tersebut.

“ afie kau marah abang fasi tu ke?” tanya mira setelah mereka masuk ke dalam khemah. Afie membuka tudungnya dan menyangkutkan di palang khemah mereka. Barulah terasa selesa sedikit rambutnya selepas mandi tadi mereka tidak punya banyak waktu untuk mengeringkan rambut seperti kebiasaannya

“ hmm marah pun tak guna aku Cuma rasa malu la dengan kawan – kawan lain. Rasa bersalah pun ada gak tak pasal – pasal si izham tu pun kena jugak, dia tolong aku je kan” adu afie, dia sendiri sudah boleh memaafkan perbuatan muiz.

“ tapi apesal dia baik sangat eh nak teman kau tadi? Entah – entah dia nak jadikan kau koleksi dia kot” mira mula serkap jarang. Pelik juga dia tadi kerana sememangnya pelajar dari kelas sebelah tidak mahu bergaul dengan mereka sekadar tahu nama sahaja, mereka sendiri tidak suka bertegur sapa dengan pelajar kelas sebelah yang suka mencari pasal itu.

Belum sempat afie menjawab terasa getaran di poket seluarnya. Telefon bimbit black berry pemberian orang tuanya di keluarkan setelah melihat nama pemangil afie terus menjawab panggilan tersebut dia juga sudah mulai rindu untuk mendengar suara ibunya.

Afie menoleh ketepi patutlah mira tidak mengganggunya rupa – rupanya mira juga sedang berbual di telefon bimbitnya. Selalunya mira akan sedaya upaya mengganggu dia jika dia berbual panjang dengan ibunya, cemburu katanya.

tiba - tiba mata afie silau akibat khemah mereka di suluh menggunakan lampu suluh, afie menguis tangan mira yang sedang ralit berbual kedua – duanya terus terdiam. mira menahan cahaya dari sampai ke matanya sakit matanya akibat silau tersebut. entah siapa pula yang hendak mencari pasal dengan mereka kali ini.

“ibu next time afie call ibu balik ye bye!” terus pangillan itu dimatikan. Afie mencapai tudung yang tersangkut dan di sarungkan ke kepala, mira turut membut perkara yang sama. Mereka keluar dari khemah untuk mencari orang yang menyuluh khemah mereka.

“tak tidur lagi? Korang buat ape tadi?” tanya muiz bertubi – tubi

“hmm macam mana nak tidur kalau mata kami ni silau kena suluh? Tak sampai 10 minit kami masuk khemah dah buat spotchek?” mira menjawab menggunakan soalan kembali hatinya mula panas dengan sikap lelaki dihadapannya ini.

“ khemah lain okey ja saya suluh takda yang melenting pun tengok ni” muiz menghalakan lampu suluhnya kearah khemah pelajar lelaki

"hoi diam la orang lain nak tidur esok - esok korang gaduh la balik" entah dari khemah mana datangnya suara itu. mira segera menarik tangan afie masuk ke dalam khemah meninggalkan muiz terpingga - pingga disitu.

 niat untuk menyambung semula perbualan mereka dilupakkan sahaja mata afie memang tak boleh di ajak kompromi. dia lena di buai angin malam.


Saturday, 26 November 2011

BAB 1

Kelas 5 sains tulem itu hingar bingar dek suara penghuninya, guru fizik mereka sedang bercuti jadi tiada siapa yang menggantikan tugas guru tersebut. Peluang bersembang itu tidak mungkin dilepaskan oleh penghuni kelas itu memandangkan esok dan lusa mereka akan bercuti banyaklah cerita yang hendak dikeluarkan.

Hingar bingar kelas tidak sedikit pun menganggu dua sahabat itu berbual sambil menjamah makanan ringan yang di beli dari kantin sebentar tadi. Amira dan afie sememangnya terkenal dengan aktiviti mereka makan di dalam kelas itu pantang ada waktu terluang pasti mereka akan mengeluarkan stok makanan ringan.

“weyh korang dua nak pergi kem tak dekat ulu paip?” menjerit kecil kedua – dua orang gadis itu terkejut di sergah oleh rakan sekelas mereka.

“bila?” tanya mereka serentak. Afie dan mira saling berpandangan seketika kemudian ketawa mereka berpadu seolah – olah perkara paling lucu berlaku di hadapan mereka.

“petang ni, 25.00 seorang bonda dah diskaun banyak tu jom” ‘ bonda ‘ sememangnya gelaran yang di beri untuk ppengetua sekolah mereka. terbeliak mata mereka terkejut mendengar waktu kem tersebut akan di adakan.

“berapa hari? Anjuran? Kenapa mendadak?” kali ini mira yang bertanya bertubi – tubi soalan keluar dari bibir mira dia memang selalu teruja untuk menyertai aktiviti lasak seperti itu. Afie masih berdiam seolah – olah memikirkan sesuatu yang penting.

“ dua hari tiga malam anjuran kelab PRS sebab banyak kosong so cikgu nak budak form 5 yang ikut aktiviti ni” jelas basyirah panjang lebar dalam hati dia memohon semoga kedua – dua orang gadis itu akan turut serta dalam kem tersebut sudah perit tekaknya menerangkan hal tersebut kepada rakan kelasnya mulanya dia menolak untuk di beri tugas tersebut namun apabila di ugut akan di gugurkan dari jawatan pengerusi kelab tersebut dia hanya menurut.

“afie jom la bukan selalu, kita pergi release tention dekat sana exam lagi dua bulan okey la tu balik dari sana kita prepare la SPM.”  Kata mira sambil mengoncang – goncangkan tangan afie apabila melihat gadis itu seperti mengelamun.

“erm tengok lah dulu aku tanya mama aku” afie juga teruja sebenarnya namun memikirkan hanya tinggal dua bulan lagi untuk peperiksaan SPM dia menjadi gerun.

“okey aku tulis nama korang dua kat sini, jangan tak datang pulak petang ni” kata basyirah memberikan dua set  surat kebenaran waris kepada mira.

“ fie jom la pergi teman aku takkan aku nak pergi sorang – sorang kau tak kesian ke kat aku?” pujuk mira. Walaupun dia selalu mengikuti kem anjuran sekolah namun jika afie tidak ikut bersama dia pasti bakal keseorangan .

Setelah berfikir seketika afie menyatakan persetujuan walaupun dia pasti ibunya pasti akan membebel jika tahu dia akan pergi secara mengejut seperti ini. Dia harus menggunakan waktu ini untuk melupakan masalah yang bersarang di hatinya itu.

“okey la betul jugak cakap kau tu tapi sempat ke packing? Pukul 4 dah kena ade kat sini”

“sempat kot ala bawak yang penting – penting sudah dua hari je kan”

“weyh korang yang ikut kem ni pukul 12 kejap lagi balik sebab cikgu takut tak sempat nak packing” celah basyirah

“la serius? Okey la sekarang pun dah 1. 45 kami turun dulu la nak call abah aku” kata afie sambil memasukkan buku – bukunya kedalam beg.

Dia dan myra keluar dari kelas dan menuju ke kantin selalunya mereka akan berulang alik ke sekolah menaiki bas namun di sebabkan akan pulang lebih awal jadi mereka harus meminta sesiapa menjemput  mereka di sekolah.

Setelah hampir sejam menunggu akhirnya ayah mira datang mengambilnya afie masih menunggu di pintu pagar sekolah. 

“macam ni baik tak payah balik awal” desis hatinya, sudah beberapa kali dia berpesan kepada ayahnya untuk menjemputnya disekolah secepat mungkin. Seketika kemudian kelihatan kelibat kereta kesayangan ayahnya menjalar perlahan di hadapannya segera dia bangun dan memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.

“adik nak pergi kem mana ni? Tiba – tiba aje” tanya ayahnya sebaik sahaja keretanya bergerak meninggalkan kawasan sekolah.

“ kem kasih di rimba abah, dekat ulu paip” jelasnya

“tak ganggu pelajaran ke? SPM dah dekat kan?”

“ insyaallah tak abah dua hari aje kem tu jangan la risau”

Melihatkan ayahnya yang menumpukan perhatian terhadap pemanduan afie tidak jadi terus berbual dengan lelaki itu. Penghawa dingin di kuatkan panasnya belum hilang kerana berjemur lama di bawah terik mentari tadi. 



♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫


setelah turun dari kereta afie terus bergegegas ke pondok bacaan. tadi dia dan mira sudah berjanji untuk berjumpa disitu. telefonnya bimbit berjenama nokia di keluarkan dan nombor mira didailnya.

“ weyh dear where are you?” tanya afie cemas sedari tadi dia mencari kelibat mira namun masih tak kelihatan. 

“aku kat sini!” terjerit afie apabila terasa pinggangnya dicuit dari belakang. Telefonnya segera dimatikan mereka menyembunyikan telefon bimbit mereka apabila mendapat tahu telefon bimbit tidak di benarkan dibawa bersama.

Mereka menuju ke meja pendaftaran bersama setelah mendapat arahan beg yang dijinjing mereka di letakkan di sebelah pondok telefon berdekatan. Tangan mereka bertaut di hayun – hayunkan, sudah beberapa kali hubungan rapat mereka mendapat kritikan dari orang sekeliling kerana mereka berkelakuan seperti pasangan kekasih. mereka tidak perduli asalkan mereka tahu apa yang mereka buat itu tak salah.

Setelah membuat pendaftaran mereka masuk ke dalam bas dan mencari kerusi kosong. Setelah mendapat tempat mereka meletakkan beg di tempat yang disediakan beberapa orang lagi pelajar masuk ke dalam perut bas mula bertolak – tolak untuk ke belakang.
Mujur mereka masuk lebih awal jadi mudah lah mereka memilih tempat yang di ingini. Afie mengeluarkan dua peket biskut yang sempat di bawanya dari rumah dan di suakan kepada mira.

“nah yang ni engkau punya jangan mintak kat aku dah erk?” sikap afie yang kadang – kadang kebudak – budakkan membuatkan mira senang bershabat dengannya. mira hanya menyambut huluran itu sambil tersenyum sememangnya perutnya sedang berlagu sekraang ini tidak sempat makan kerana mahu mengemas pakaiannya

Oleh kerana majoriti peserta kem tersebut pelajar menengah rendah mereka tidaklah terlalu malu untuk menjalankan aktiviti ‘ wajib’ didalam bas iaitu bernyanyi. Selepas satu , satu lagi lagu dinyanyikan sehinggalah sampai ke destinasi yang di tuju.

Bagaikan budak tadika kemas mereka bangun dan berbaris untuk keluar dari bas afie dan mira hanya tergelak kecil melihat tingkah sopan junior – junior mereka. Setelah semua peserta turun barulah afie dan mira bangun dan bergerak keluar dari bas tersebut beg afie mengalas salah satu beg yang di bawanya ke bahu. Manakala mira masih menjinjing kedua – dua begnya dia lebih suka mengimbangkan beban di tangannya.



Thursday, 27 October 2011

fuhh mak aih letih aku jenjalan ari nih meredah lautan manusia kat penang tu maybe sebab hari minggu kod kan tatau laa ape na jadi ngan manusia skrang sibuk memanjang kejar hal duniawi termasuk aku la tu kan? as a student bizy aku still terkawal even do sometimes rasa macam nak pecah kepala melayan kerenah manusia sekeliling.

okey stop bout it letih nak buad intro pepanjang nak letak gambo pon tak edit lagi tamao laa readers tengok muka aku yang giler punye serabut tukan ala moreover aku tak suka menonjolkan diri sangat laa hahaha perasan okey la aku update blog aku hari ni bukn nak citer pasal penang yang cantik giler tu tapi nak tegur sikit sikap boys yang tak thu camne nak hormat gurlz or women out there
tolong laa jangan pangil pompuan macam takde maruah suka suki kau je mai duduk bertenggek kat hand land dekat sit gurl kalau dalam bas (kalau penuh maybe dikecualikan) lagi 1
 jangan panggil gurl dengan ayat yang tak bape manis di dengar boleh? * perlu ke aku bagitau ape?
aku bukan jenis yang cept melatah kat depan korang la sabar je

korang fikir lA kalau benda tu jadik kat deq korng ke mak korang ke what should u feel huh do i need to say they will feel same as me! coz they are women! wake up guys we don't need ur rude.
 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya