Friday 16 December 2011

BAB 3

Kawasan KLIA begitu sibuk setelah berdiri agak lama Afie mengambil keputusan untuk duduk disalah sebuah kafe di situ sementara menunggu abangnya mendarat. Mujur dia sempat membeli sebuah novel baru sebelum datang kesini tadi.

“Abang ni.. kalau tak lambat tak sah” gumamnya sendirian dia menunduk sambil membaca novel seketika ralit menghayati watak didalam novel andai itu takdirnya itu.
Telefonnya berbunyi nyaring meminta untuk diangkat.

“Helo assalamualaikum” sapanya setelah melihat nama abangnya tepapar di skrin telefon X2nya.

“Waalaikumusalam sunshine where are you now?”

“Adik kat cofee bean abang datang sini la adik malas la nak cari abang kat balai tu”

“Okey then wait for me ya dear. Assalamualaikum”

“Okey waalaikumussalam abang.”

Setelah talian dimatikan dia meneruskan pembacaannya. Sekali lagi hanyut ke dalam jalan cerita novel tersebut. Kelihatan dua pasang kaki dihadapannya. Eh hairan bin aneh ni. Dia mengangkat muka matanya bertembung dengan seorang juruterbang yang segak dengan pakaian seragamnya. dia mengalihkan pandangannya sambil tersenyum dia menjerit kecil.

“it’s u abang! I miss u so much !” katanya sambil menyalami tangan Alif itulah cara dia menunjukkan rasa hormatnya kepada Alif selama ini.  Kepalanya diusap mesra oleh alif.

 “ Assalamualaikum” perli alif kepada afie. Gembira dia apabila melihat wajah merah padam gadis tersebut

“Okey waalaikumussalam abang” meyedari sepasang mata di sebelah abangnya tidak lepas dari wajahnya dia melepaskan tangan Alif.

"Duduklah dulu adik tak habis minum lagi ni” dia mempelawa abangnya duduk di sebelahnya .

“Eh is duduk la dulu” alif  mempelawa sahabatnya yang sedari tadi berdiri di sebelahnya.

“ don’t worry white cofee pon ade kat sini tengok ni sunshine aku pun minum” sambil 
menunjukkan air di dalam cawan afie. Dia faham akan kegemaran rakannya itu. Tidak pernah lagi dia melihat iskadar minum kopi selain kopi putih.

“Eh unik ye orang kat sini minum kopi sambil makan novel” kata alif memperli adiknya. Sedari tadi tumpuan afie lebih kepada novel tersebut.

“Abang perli afie eh?” segera novel itu ditutup dan disimpan di dalam tas tangannya Dia sebagai tanda dia tidak suka diperli seperti itu.

Ketawa abang dan sahabatnya berpadu “kuat gila diaorang nih buat malu aku je” desis hati afie.

 “hey sudah la tu orang tengok la malu la adik macam ni” rengeknya kepada alif apabila melihat kesungguhan abangnya mentertawakan dia.

“’memang la orang tengok kitaorang ni hansome ape sebab tu orang tengok” balas Alif.

“suka hati abang la” afie menarik semula novelnya dari tas tangan dan mengubah kedudukannya membelakangi alif.  dia sudah mula merajuk dengan soikapmabangnya.

“Sunshine!” Jerit alif sambil mencuit pinggang afie.

Dia terjerit kecil akibat terkejut dia berpaling dan menampar lembut bahu abangnya setelah menyedari dia dipermainkan.

Hahahahhahahhahah sekali lagi mereka mentertawakannya. Malu akibat di tertawakan beberapa orang pengunjung kafe tersebut dia bingkas bangun dan ke kaunter membuat pembayaran.

 Terhenti tawa alif apabila adiknya sudah melangkah keluar dari kafe tersebut. Dia mengajak rakannya mengikut langkah adiknya.
Sebaik sahaja ingin melangkah keluar seorang pelayan memanggil mereka untuk membuat pembayaran rupanya afie hanya membayar bagi kopinya sahaja bukan untuk mereka bertiga.

“aduh jatuh saham aku”

“padan muka kau. Kan dah kena balik”

“kau pon gelakkan dia gak tadi  “

Mereka mengejar afie yang sudah menuju ke keretanya alif mengarahkan supaya boot kereta afie di buka dia hanya mengunjukkan kunci kepada alif.

“meh sini abang bawak kereta ni” tanpa suara afie menghulurkan tangannya tiada tanda – tanda bahawa dia akan  turun atau beralih tempat dalam keberatan alif menghulur juga kunci kereta itu kembali   kepada afie

********************************************
Kereta afie meluncur laju membelah jalan raya. Mukanya selamba sahaja biarpun beberapa kali minyak itu ditekannya dengan kuat.

“sunshine sorry la abang gurau je tadi”
Dia masih diam tiada tanda – tannda ingin bersuara
satu bungkusan coklat dihulurkan dari belakang hendak tak hendak terpaksa diambil bagi mengelakkan pemanduannya terganggu.

“thanks” sepatah sahaja dia menjawab

“wahh terer kau eh aku pujuk dari tadi tak lepas –lepas kau selamba je”

Afie break dengan mengejut ditepi jalan. Matanya tajam memandang abangnya
“sekali lagi abang merepek afie tinggal kereta ni kat sini” jerkahnya memang kesabarannya semakin menipis.

“okey – okey sorry sunshine” alif mengangkat kedua-dua belah tangannya

Iskandar di belakang sudah tersenyum – senyum menahan tawa
Afie menjeling melalui cermin pandang belakangnya. Dia tidak suka keseriusannya dipermainkan.

Sampai sahaja dirumah afie mencapai tas tangannya dan meluru masuk ke dalam biliknya tubuhnya dihempas ke katil

“kesian abang tak pasal – pasal terima amarah aku harini” dia menukar pakaian dia mencapai sepasang baju kurung berona merah jambu dan bertudung sedondon. Kuci kereta dicapainya kereta nya sekali lagi menuju keluar.

***************************************************

“amran kenapa awak sampai hati tinggalkan saya?” rintihnya perlahan

“awak dah tak sayang saya ye? Awak.. saya redha awak pergi saya tak marah Cuma saya 
terkilan je saya yang sebabkan awak pergi”

Dia membaca yassin untuk disedekahkan kepada arwah amran berulang – ulang kali . Dia duduk berteleku seketika airmatanya ditahan seboleh mungkin. Setelah hampir sejam dia di situ dia berlalu pergi dia bimbang airmatanya akan mengalir dia ingin tabah dihadapan semua orang dia tak ingin menangis.

Telefon bimbitnya berbunyi nyaring nombor yang tak dikenali tepapar di skrin telefonnya. Walaupun sedikit berbelah bagi namun afie menjawab juga panggilan tersebut.

“helo waalaikummusalam”

“afie kat mane ni?”

“sape ni? Kenal ke?”

“ Abang iskandar ni, kawan alif. Dia risau afie keluar tak bagi tahu dia mintak abang call kan”

“ouh don’t worry i’m on my way to back home” jawabnya lemah

“okey then take care. Assalamualaikum”


Jantungnya tehenti seketika ingatan kepada amran kembali lagi. Kata – kata itulah yang di ucapkan kepadanya kali terakhir becakap dengan amran.
Dia berhenti seketika di tepi jalan dia bimbang emosinya akan menjejaskan pemanduannya.

“awak.. saya tersiksa wak saya rindukan awak, saya nak awak saya tak nak orang lain “ cincin rumput yang disimpannya didalam kotak bewarna biru itu di tariknya keluar dia sudah berjanji kepada dirinya bahawa dia tidak akan membuka lagi kotak tersebut namun dia tidak dappan mengelak keinginannya.

Dia masih belum mahu pulang lalu dia membuat keputusan untuk berjalan – jalan di sekitar shah alam sedang dia berehat di taman itu tiba – tiba hujan turun dengan lebatnya dia berlari – lari anak ke keretanya semasa menekan pedal minyak kakinya terasa sengal dan menyucuk – nyucuk mungkin kerana dia belari dengan memakai high heels.

****************************************************************

Dia sampai dirumah agak lewat petang. Ibu menyambutnya di hadapan pintu terkejut melihat tubuhnya yang kuyup ibu melangkah laju menuju kearahnya.

“anak ibu kenapa ni?” tanya ibu cemas apabila aku masih tidak keluar dari kereta.

“tak de pape ibu Cuma kaki adik ni rase macam sengal la bu” rengeknya sambil memegang kaki kanannya itu.

“takpe adik tunggu kat situ ibu panggil abang”
Belum sempat afie menghalang ibunya sudah menghilang kedalam rumah. Seketika kemudian abang dan rakannya turut keluar mengikut ibu.

Abang mahu mendukungnya namun dia menolak secara baik

“takpe la abang adik try sendiri adik basah ni tadi main hujan”  katanya sambil cuba keluar dari kereta sebaik sahaja berdiri dia terduduk bersandar dalam keretanya.

“adik! Adik okey ke ni meh la abang dukung masuk” kata alif yang risau melihat keadaan adiknya itu.

“kaki adik sakit sangat ni” balas ku dengan muka berkerut

“biar abang dengan abang alif papah awak masuk ye” cadang iskandar

“okey” afie menjawab lemah

Mereka memapah afie yang masih lencun masuk ke biliknya setelah itu ibu masuk dan menyuruhnya menukar baju sahaja. Niatnya untuk mandi dilupakan saja kakinya mula membiru.

Setelah menukar baju t’shirt bertangan panjang dan skirt labuh bewarna hitam dipadankan pula dengan selendang pashmina bewarna putih dipakai seadanya dia cuba melangkah keluar tanpa sempat mengimbang badannya dia terjelepok ke lantai. Mahu tak mahu dia terpaksa memanggil ibu dan abangnya

“ibu!!!” jeritnya dari dalam bilik setelah beberapa kali cuba untuk bangun sendiri

“abang” jeritnya lagi apabila tidak mendapat sahutan.

“Ish.. auchhhhhhhhhhhh” jeritannya bergema kesakitannya tak dapat ditahan lagi akibat tertendang bucu katilnya .

Pintu biliknya ditolak muka sahabat abangnya kelihatan

“afie? Afie okey ke?” tanyanya

Aku hanya memandang nya dengan pandangan kosong. Seketika kemudian afie menunjukkan kakinya yang mula membengkak itu. Kesakitan yang dirasakan kini bukan lagi sekadar sengal mungkin kerana tersepak bucu katilnya tadi.

Iskandar berlalu ke dapur dan memanggil alif yang sedang membantuibunya menggoreng mee. mereka memapah afie ke kusyen di ruang tamu dan didudukkan disitu.

“is kau pandai mengurut kan?”tanya alif dia mula merencanakan sesuatu “kau try tengok kaki adik aku ni mane tau kau boleh urutkan”

Afie  memandang kosong wajah iskandar  seolah – olah mengharap sungguh dia tidak peduli lagi kesakitam yang dirasainya sudah tak tertahan lagi dia mencapai kaki ku

“dah biru ni” dia mula mengurut perlahan – lahan mengunakan minyak urut yang ibu berikan.

“Auchhhhhhh sakitnya perlahanla sikit” dia menangis apabila kakinya mula di urut oleh iskandar

Iskandar hanya diam sambil meneruskan urutannya. “tahan sikit sakit ni”
Dia menarik kain pembalut itu sehingga betul – betul kejap afie mengetap bibirnya sakit.

“Okey dah siap bila dah balut macam ni tak de la sakit sangat bila awak nak bergerak.” Kata iskandar

Airmatanya diseka perlahan iskandar menghulurkan sehelai tisu kepadanya.
abang dan ibu yang sedari tadi menonton tv berpaling

“ hahahahah nangis eh? “Tanya abang

“hmm” aku meminta izin untuk masuk ke dalam bilik aku ingin berehat di dalam bikik tidak selesa rasanya berada di situ.

“ bu adik tu kenapa? Dari tadi bad mood aje pelik jugak abang tengok” suara alif menjengah pelupuk telinganya.

Abang lupa ke? Hari ni kan hari amran meninggal? “kata ibu perlahan

“adik masih tak lupa amran bu? Dah dekat 10 tahun kan bu?”

“hmm nak buat macam mane bang ibu pun dah tak tahu nak buat macam mana abang  pun tahu adik tu macam mane.”

"Biarlah nanti dia okey la tu kan bu"

"Abang dengan is cuti berape lame ni?"'
Sebulan bu tapi abang dengan is tengah dalam standby cuaca still tak menentu la bu

"Takpe la kalau macam tu is duduk sini jela ye"

"Hah memang abang nak suruh dia duduk sini pun bu kampug dia kat ireland tu"


2 comments:

  1. jadi, amran btl2 meninggal??? bukan mimpi?? hmm.. terus ke chp seterusnya.

    afie dgn abng afie bgs sekali hbgnnya. :)

    ReplyDelete
  2. ye.. amran mati kemalangan dan mimpi tu sebab afie sentiasa igtkan amran.. hubungan baek inspirasi from my xperience..

    ReplyDelete

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya