Monday 12 December 2011

PROLOG

“Awak jangan tinggalkan saye wak saya tak leh hidup tanpa awak “ air mata dipinya bertali arus keluar tanpa dapat dikawal lagi. Jeritannya tidak di pedulikan oleh tubuh itu. Amran tetap berlalu pergi seketika kemudian , dummmmm!!  kuat bunyi itu menyapa pendengarannya. Dia melihat tubuh itu dilanggar sebuah kereta satria neo bewarna kuning serentak itu dia membuka matanya memandang sekeliling. Dia duduk berteleku sambil beristighfar seketika sekadar untuk menenangkan hatinya.

“Aku bermimpi rupanya “ desis hatinya.

Mimpi itu acap kali mengganggu lenanya kebelakangan ini. lantas dia bangun dan berwudhu’ lalu menunaikan solat sunat tahajud dua rakaat itu sahaja yang mampu dilakukannya tika ini. Setelah selesai bersolat dia berwirid seketika jam disisinya dijeling 2.00 pagi! Awal lagi ni gumamnya

Dia berlalu menuju ke balkoni rumahnya angin yang menderu seolah – olah cuba menerbangkan masalah yang bersarang dihatinya dia duduk di atas salah satu kerusi disitu sambil memeluk lututnya air matanya yang mengalir apabila teringatkan amran ya amran sebuah nama yang terlalu agung dihatinya.

Nama – nama allah yang dilagukan entah siapa menyapa pelupuk telingganya. Afie semakin menumpukan perhatian kepada suara itu. Bibirnya pula perlahan – lahan menurut zikir dari suara itu. Tenang sedikit hatinya yang lara. Lehernya dipanjangkan ke rumah sebelah. Dia cuba mengintai ingin memastikan suara itu datangnya dari mana namun hampa tidak sedikitpun kelihatan kelibat manusia disitu.

Kedinginan malam mula menggigit tubuhnya ditambah pula dengan hujan renyai membuatkan dia tidak betah berada di situ lagi.

 “ahh takde pun maybe dia dalam bilik kot biarlah “ desisnya mula memboloskan diri kedalam biliknya semula.

Rambutnya yang panjang mengurai itu di kuis kebelakang. Rakan – rakan sepejabatnya juga sudah beberapa kali meminta ‘resepi’ kecantikkan rambutnya.  Terkadang mereka mengusiknya dengan menanyakan jenama shampu yang dipakainya. Entah lah dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berkongsi rahsia itu.

Dia sudah tidak peduli siapa yang berzikir itu hujan renyai – renyai membuatkan  kesejukkan mengigit tubuhnya memaksa dia masuk ke dalam rumah. Dia ingin tidur semula tapi dia takut mimpi itu akan menganggu nya lagi. Dia berbaring dan memandang kosong ke siling sambil melepaskan sebuah keluahan kecil. kenangan lama itu perlahan – lahan menjalar ke fikirannya.


No comments:

Post a Comment

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya