Friday 16 December 2011

BAB 2

Dia berjalan kehulu kehilir sambil melihat jam di pergelangan tangannya pemberian amran yang satu itu tidak lepas dari pandangan matanya.

Deringan lagu matta ‘jambu’ kedengaran segera dia menjawab telefonnya tanpa melihat pemanggilnya.

“Hello assalamualaikum sayang..”  suara itu kedengaran romantis sekali sedikit terubat kerisauan di hatinya.

“Waalaikumusalam awak kat mane  ni? Kenapa lambat sangat ni?”

“Saya kat 7e lagi ni  motor saya ni tiba- tiba je meragam”

“Ye ke? Nak suruh saye pegi ambik awak tak? Awak okey ke tu?”

“Tak payah la sayang tunggu je kat rumah eh kejap lagi okey la ni”

“Takpe2 awak tunggu kat situ saya pegi ambik awak sekarang jugak “

“Tak payah la awak saya pun on the way nak pergi workshop dekat – dekat sini ”

“Okey la macam tu saya tunggu awak kat rumah aje “

“Macam tu la sayang amran. Afie.. afie jage diri eh “

“Tanak la awak kan ade awak jage la saya”

“amran tak leh jaga afie. Afie dah besar panjang afie kena la jage diri sendiri. Okey la wak saya pergi dulu jaga mak saya elok – elok tau assalamualaikum.”
Talian diputuskan tanpa sempat afie membalas apa – apa.

Afie menahan geram tiba – tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi menandakan ada pesanan masuk.

‘amran sayang afie selamanya jage diri dan family amran mungkin amran lambat balik kot sayang tidur dulu esok amran pergi rumah sayang bagi komik ni ye’

Takpe saya tunggu awak. Balas afie
*********************************************************

            “Afie.. afie bangun dik” afie bangun dan mengeliat dia pelik melihat mata abangnya yang merah itu.


“Abang kenape? Menangis eh? Kenape ni bang cerita la kat afie mane tahu afie boleh tolong” kerisauan mula menjentik hatinya jarang benar abangnya menangis.

“Amran dik amran.. “ tersekat – sekat abangnya bersuara
Hatinya berdegup kencang rasa tidak enak malam tadi mula kembali bersarang dihatinya. Dia tahu sesuatu yang buruk telah berlaku kepada amran kalau tidak masakan abangnya akan menangis begitu.

“Kenapa dengan amran bang “ katanya separuh terjerit. Tangan abangnya di goncang – goncang perlahan.

“Amran dah meninggal dunia dik. Adik sabar ye” alif merangkul tubuh afie, dipeluknya erat tubuh tersebut. afie perlu ditenangkan itu pesan ibunya sebelum keluar tadi.

“Whatt!! Dia menjerit lantang abang tipukan! Abang kenakan adik kan’’ airmatanya 
mengalir laju cuba menafikan perkara tersebut perlahan-lahan tubuhnya terasa lemah. Matanya mula kabur digenangi air mata.

“Adik pergi mandi dulu kejap lagi kita pergi rumah arwah kejap lagi jenazah sampai “ pujuk alif dia tidak mahu afie tenggelam dalam kesedihannya.

“Abang tipu! Abang cakap abang tipu adikkan?” Katanya sambil mencekak kolar baju abangnya. Alif cuba menenangkan afie belakang afie ditepuknya perlahan. Tiada sedikitpun rasa marah kepada adiknya apabila dituduh seperti itu.

“Adik.. adik relax dulu pergi mandi dulu. Nanti abang ceritakan semuanya, ” dia tidak sampai hati meninggalkan adiknya sendirian lalu memapah afie ke kamar mandi.
Setelah usai mandi afie duduk di atas katilnya dia tidak tahu apa yang bermain di fikirannya sekarang ini. Matanya merenung lantai kosong tersebut.

Alif mengajak afie ke rumah amran untuk melihat jenazah amran. Dia mahu adiknya sedar bahawa amran tidak lagi bersama mereka. Sebelum ke sana ibunya sudah berpesan kepadanya untuk menemani afie ke rumah amran.

“Amran tak mati kan abang? Abang tipukan? “ Pertanyaan itu terus bermain di bibirnya tanpa henti air matanya sudah membasahi pipinya. Dia berpaut di tangan alif cuba mencari kekuatan.

“Adik.. sabar dik istighfar dik ingat allah, ” pujuknya setelah afie sedikit tenang mereka menapak ke rumah amran yang hanya selang lima buah rumah dari rumah mereka.
Dia mengenggam tangan abangnya sampai dirumah amran afi tetap menggenggam tangan abang nya banyak mata – mata tertumpu kearahnya dia berasa tidak selesa.
Kelihatan ibu amran menagis di bahu ibunya dia menghampiri mereka tubuhnya dirangkul ibu amran

“Auntie kenape ni kenapa menangis ni?” tanya afie dia keliru

“Amran dik amran dah takde..” kata – kata ibu amran itu seolah – olah halilintar membelah hatinya. Kesakitan yang dirasainya berganda mendengar surah yassin dibaca di sebelah tubuh kaku diatas katil amran.

“Tak amran hidup lagi dia tak mati kan auntie.. auntie tipu adikkan” dia menolak tubuh ibu amran  ketepi perlahan dia melihat tubuh yang terkujur kaku dia atas katil itu tubuhnya di baluti kain kafan putih . dia perlahan – lahan menyingkap kain putih yang menutupi wajah tubuh itu.

AMRAN! Tubuhnya lemah dia sudah tidak mampu berdiri lagi tubuhnya terasa ringan dan jatuh melayang dia sudah tak sedar apa yang berlaku sekelilingnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Matanya dibuka apabila terasa air sejuk mengenai mukanya. Kelihatan abangnya memangku kepalanya ibunya pula setia mengipas mukanya. “Ibu adik kenapa?” Dia cuba mengingati sesuatu namun kepalanya terasa berat sekali.

“Adik kat bilik auntie adik pitam tadi “ kedengaran suara auntie sal lembut menjawab sambil melangkah menuju ke katil yang menempatkan tubuh lampai itu.

“Amran! Amran mana auntie adik mimpi dia.. dia..” afie masih teragak – agak mahu meneruskan kata – katanya.
Bagaikan mengerti auntie sal terus mengusap lembut kepala afie. “Afie amran dah takde nak sabar ye semua ni ketentuan tuhan”

Afie sudah tidak berdaya membalas apabila melihat keikhlasan yang terpancar diwajah tua itu. Kagum dia dengan kecekalan yang dimiliki wanita itu. Sedangkan anaknya yang meninggal pagi tadi kini dia sudah mampu tersenyum kepada afie.
Dia bangun dia ingin ke bilik amran dia mahu membacakan yassin kepada arwah sedikit demi sedikit semangat nya dikumpul dia menuju ke sebelah katil amran dimana abangnya dan beberapa sanak saudara amran membacakan yassin dia menyertai mereka.

Dummmmm bunyi kilat itu membatkan dia terjaga dari lamunanya
Dia terjerit kecil akibat terkejut tingkap yang sedarinya terbuka ditutupnya kelihatan susuk tubuh jiran sebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Dia sekadar menghadiahkan senyuman kecil dan terus menutup tingkapnya. Dia kemudian terus tidur tidak mahu igauannya kembali dia membaca ayat kursi berharap supaya mimpinya tidak kembali lagi.



2 comments:

  1. saya rasa cerita ni agak pantas, tp jika dr prolog, ianya adalah memori kn? sebab tu ke pantas dari bab 1 dan masuk bab 2, mcm bertahun2 dah berlalu..

    ReplyDelete
  2. a'ah tapi yg sepatutnya ade bab 2 laen yg tunjukkan afie dan amran b'cinta tapi macam tak sesuai so try la coverkan dgn letak bab ni terus

    ReplyDelete

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya