Friday 16 December 2011

BAB 4

“Hello” dia mengenyeh –genyeh matanya kantuknya masih ada. Entah pukul berapa dia tertidur semalam.

“hello – hello assalamualaikum hoi cik kak bangun la tak nak datang keja ke?” suara itu kuat sekali dipendengarannya.

“waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh ustazah oii aku mc la harini”

“Eh ye ke kau sakit ape teruk tak? Kalau tak datang keje sekarang jugak”

“eh kenape pulak? Aku ade mc la wekk” dia menjelirkan lidah seolah – olah nabila berada di hadapanya . matanya di pejam celik sebelum menyelesakan duduknya

“hari ni kan hari last encik xavier kat sini” nabila cuba memancing reaksi rakan karibnya itu.

“ oh ye tak ye aku lupe ala camne ni” kata  afie sambil menepuk dahinya.

“ rugi tau kau tak datang lepas ni encik xavier takde dah kat malaysia ni dia kena post kat thailand”

“erk? Okey la kejap lagi aku sampai la okey engkau nak pesan ape – ape tak?” tidak sampai hati rasanya tidak berjumpa dengan atasannya buat kali terakhir. Lelaki itu banyak membantunya dalam jabatan tersebut.

“tak de kitaorang dah pesan pizza je hehhehehe”

“okey la macam tu aku nak pegi siap chario!” seraya dengan itu dia meletak telefon itu
Kakinya sudah okey namun masih terasa mencucuk.dia bersiap ala kadar lalu Terjengket –jengket dia melangkah menuju ke bawah seperti bayi yang baru belajar betatih saja lagaknya. 

Sampai di meja makan mata ibunya membulat memandangnya dia hanya pura – pura tidak peduli. Pasti ibunya akan meleterinya sebentar lagi.

“eh sunshine buat ape siap cantik – cantik ni kan abang dah kate kejap lagi abang pegi belikan mc untuk awak” tegur alif pelik melihat adiknya memakai pakaian formal untuk ke pejabat.

“adik pergi sekejap je nak jumpa encik xavier hari ni hari last dia kat sini” Katanya sambil mencicip sedikit kopi yang ibunya sediakan.

“tengok tu duduk la dulu makan kejap lagi abang hantarkan” kata alif lagi melihat kegelojohan adiknya.

Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan abang dan ibunya. Iskandar yang baru turun selamba sahaja dia duduk di sisi afie. Segaris senyuman terlakar diwajah ibu dan abangnya. Afie menjarakkan sedikit tubuh mereka yang begitu dekat.

Dia bingkas bangun setelah jamnya menunjukkan angka 9.00 pagi dia sudah lewat sekiranya mahu menunggu abangnya pasti dia semakin lewat.

“adik pergi dulu lah dah lewat ni” katanya kepada abangnya tidak berpuas hati

“La tunggu la abang makan kejap. Lagipun abang nak jumpa kawan pukul 10 sempat la”

“Tak nak la nanti lewat susah nak cakap dengan guard tu” bantah afie. Selalunya jaga yang bertugas sesi pagi memang susah untuk melepaskan kereta luar masuk ke dalam bangunan. Lalu banyak pula lah soalan maut yang menanti.

“kaki tu kan tak okey lagi, nanti melarat pulak. Lagipun boleh ke bawak kereta macam tu?”

“ habis tu adik tak nak la lewat banyak soal pulak nanti dengan pak guard tu” afie cuba memprotes hendak di hentakkan kaki tidak boleh yang boleh hanya berpusing membelakangkan alif.

“Hmm meh la abang hantarkan” kata iskandar sambil mengambil kunci kereta abangnya yang berada di kotak kunci. Mahu tak mahu terpaksa lah dia mengikut. Sudah dia yang memaksa tadi hendak menolak bimbang iskandar akan kecil hati.

Di dalam kereta dia hanya diam membisu dia lebih suka menghayati kesesakkan lalu lintas. Lagu kegemarannya berkumandang di radio ingin sahaja dia bernyanyi tapi dipendam sahaja bimbang diketawakan iskandar.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dah terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
ku ingin kau tahu ku ....

Iskandar terdiam apabila mengesan senyuman dibibir comel itu

“nak gelak gelak je jangan tahan – tahan lepas tu lupakan jangan ingat lagi dah” sengaja iskandar berkata dengan serius dia mahu afie takut untuk gelakkannya

Tanpa sengaja tawa afie yang dipendam sedari tadi meletus jua akhirnya sedikit pun dia tidak segan untuk gelakkan iskandar setelah hampir 10 minit dia berhenti sakit perutnya apabila ketawa sebegitu rupa. Dia juga kasihan melihat muka iskandar yang merah dan berkerut – kerut menahan malu.

“kesian dia dah tolong aku jadi macam ni pulak” desis nya dalam hati
dia mencapai sebatang pen mata bola di dalam tas tangannya berserta sehelai sticky notes dia melekatkan sticky notes itu di dashboard semasa iskandar berlalu ke boots setelah sampai di perkarangan pejabatnya.

“hey mengelamun lagi ni kenape?” tanya iskandar sudah 5 minit afie masih tidak keluar dari keretanya

“ouh sorry – sorry” kekalutan afie membuatkan iskandar tertawa kecil

“la kenape gelak pulak ni afie tak buat lawak la” merona mukanya menahan malu

“takde apa – apa lah. cepat la kejap lagi abang is nak pergi ambik kereta dekat begkel ni” gesanya dia bimbang jika diberitahu perkara sebenar afie akan merajuk pula.

Iskandar mengambil tas tangan dari tangan afie beserta sedikit makanan yang afie beli untuk rakan – rakannya dibawa dengan menggaunakan sebelah tangan sebelah lagi 
tangannya memapah afie.

“Eh bagi la barang afie tu abang nak buat ape dengan barang afie tu” sedikit terjerit akibat terkejt dengan tingkah iskandar.

“abang bagi kat atas nanti” katanya pendek

“tak payah la biar aje afie bawak sendiri “ pintanya lagi dia tidsak mahu menjadi bahan usikan rakan – rakan sepejabatnya.

“jangan banyak cakap la. okey afie tingkat berape?” tanya iskandar

“14” pendek sahaja jawapannya jika dia menjawab lebih panjang bimbang dia akan menghamburkan kemarahan kepada iskandar tanpa sedar.
Iskandar berlalu menuju ke lif meninggalkan afie disitu afie berjalan perlahan mengekori langkah iskandar.namun masih tidak dapt menyaingi langkah iskandar akhirnya dia terpaksa menaiki lif seorang diri. Aneh dia kerana iskandar meninggalkannya dan masuk ke lif seorng diri sedangkan iskandar tidak tahu ruangan pejabatnya.

  setelah sampai di ruangan pejabatnya kelihatan rakan sepejabatnya faish sedang berbual dengan iskandar seolah – olah sudah kenal lama sahaja lagaknya. Dia menghampiri mereka

“hah baru sampai puteri tempang?” tanya faish

“kau ni kan kalau tak kacau aku sehari je boleh x? Sehari je” usik afie kembali

“ala kau ni aku gurau ajela takkan terasa kot” kata faish

Belum sempat menjawab rakan – rakan sepejabatnya berkumpul beramai – ramai di situ kaki afie menjadi tajuk perbualan utama di situ faish pula berlalu mengambil pinggan untuk meletakkan makanan yang di bawa afie. Tidak lama kemudian Pizza yang dipesan mereka juga sampai mereka makan beramai – ramai di pantri syarikat yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu masa.

 Tiba –tiba afie teringatkan iskandar yang ditinggalkannya sedari tadi dia menjenguk keluar mencari susuk tubuh iskandar namun tidak dia temui. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan kepada iskadar bagi meminta maaf kerana tidak 
memperdulikan lelaki itu sebentar tadi

“Its ok i don’t mind. Just let me know when u want 2 cme back home i’ll pick u up” balas iskandar.

Afie tersenyum lega kerana iskandar tidak marah kepadanya. Setelah makan mereka bersama – sama membersihkan tempatt itu namun afie diberi layanan istimewa kerana dia tidak sihat jadi dia hanya duduk disitu memerhati rakan – rakannya yang lain membersihkan pantry itu sambil berbual dengan En. Xavier.

2 comments:

  1. haha.. mgkn agak gembira sbb watak afie gembira tatkala mendengar lagu ungu.. mgkn kisah sedih afie akan tamat kat sini? mgkn iskandar adalah org yg afie perlu? terus membaca lagi..

    ReplyDelete
  2. takpe2 teruskan membaca tapi sorry sedikit busy kebelakangn ni tak dapat post episode laen insyallah nanti uti maybe sy akan post lagi

    ReplyDelete

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya