Friday 16 December 2011

BAB 5

Afie duduk berkisar punggung di tempatnya hatinya dilanda resah kala ini. Kepalanya sarat dengan seribu satu pertanyaan. “ siape erk bos baru aku?” dia tertanya – tanya sendiri.

Kelmarin dia dipanggil pihak pengurusan untuk memberitahu mengenaai kedatangan bos barunya pada hari ini. Walaupun sebenarnya sebelum ini dia di beri pilihan samada mahu mengikut Encik Xavier untuk bertugas di Thailand namun dia menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarganya. 

Dia bimbang jika bos barunya ini garang kerana dia sudah terbiasa dengan senyuman en. Xavier beliau seorang ketua yang baik tidak pernah menengking walaupun sedang diamuk perasaan marah. Dia hanya duduk berteleku di mejanya tiada satu kerja pun di usiknya perlawaan Nia dan myra untuk bersarapan di kafe berdekatan pejabat mereka ditolaknya dek kerana rasa gusar yang bergolak di dalam hatinya kini. 

Entah kenapa sejak pagi tadi hatinya berdetak kencang lebih dari biasa. Adakah ini pertanda tidak baik mengenai bos barunya? Arghh boleh gila dibuatnya jika dia masih memikirkan perihal bos barunya itu!

Dia bangun dan menuju ke pantri sejak awal pagi dia tercongok dipejabat itu tanpa sempat mengambil sarapan. Sengaja dia datang awal kerana tidak mahu mencari pasal dengan bos barunya. Dia membancuh secawan kopi dan membawanya masuk kedalam biliknya. Dia terus duduk di sofa dan mencicip kopi yang berada dalam cawannya tanpa menyedari ada orang lain didalam bilik itu.

Ehem.. ehem..

Dia segera menoleh hampir terlepas cawan di tangannya.tubuh sasa itu melangakah menghampirinya. Dia bangun apabila lelaki itu berdiri dihadapannya.

“awak buat ape dekat sini?” tanya lelaki itu. Lelaki itu kehairanan kerana gadis dihadapannya masuk dan duduk dalam biliknya tanpa mengetuk pintu tterlebih dahulu.

“Ni bilik saya kan? “ Tanyanya lagi. Afie mengangkat muka memandang wajah lelaki dihadapanya mungkin ini bos baru tu kot katanya dalam hati.

“a’ah betul la  tu encik...” dia berjeda seketika sambil matanya terus mencari sesuatu pada baju lelaki itu

“ape yang awak tengok tu hah?’ sergah lelaki itu sedikit menjauhkan diri. Lagaknya seperti afie ingion berbuat sesuatu kepadanya.

“saya tengah cari name tag encik la. Encik tak pakai ke?” tanya nya  gugup terkejut akibat di sergah lelaki itu.

“awak ingat saya ni cikgu sekolah ke nak pakai name tag?” suaranya mula meninggi dia terasa seperti dipermainkan.

Afie hanya berdiam diri setelah menyedari kesilapanya pandangannya dihalakan ke lantai bukan kerana dia takut untuk menentang pandangan lelaki itu tetapi dia ingin menyembunyikan wajahnya yang sudah merah akibat menahan tangis. Tidak pernah dia di tengking oleh sesiapa pun sebegitu.

“ awak ni siapa? Ape yang awak buat dalam bilik saya ni?” suaranya mengendur apabila menyaedari kesilapannya.

“saya PA encik Afie Syafiyya” katanya menjadi seorang PA memerlukan dia berkongsi bilik dengan bosnya dulu dia pelik mengenai sistem yang dijalankan syarikat ini tetaapi dia tidak sedikit pun membantah. Iya la watu itu dia baru sahaja meyertai syarikat itu. Tak mahu lah dipecat atau diaggap mengada – ngada jika dia bersuara namun sekarang dia sudah mengerti ini bagi memudahkan komunikasi antara mereka.

“ yang awak mengelamun ni kenape hah?” Afie hanya mengelengkan kepalanya masih menunuduk.

“bila saya tanya boleh tak awak jawab dan pandang muka saya?” tanyanya sambil mencari wajah itu yang mula memerah

Afie mengangkat muka dan menjawab soalan lelaki itu dengan menerangkan sistem yang digunakan syarikat tersebut dan memberitahhu mengenai perkongsian bilik mereka.

“what!! La tak ada privacy la macam tu” dia sedikit terjerit

“tek reti cakap elok – elok agaknya asyik menjerit je” gumam afie dalam hati. Dia tidak berani ingin berkata bergitu nak mampus nanti tak pasal – pasal kena pecat desis hatinya.

"Awak ni bisu ke? Tak reti menjawab bila saya tanya” dia pantang jika pertanyaannya tidak diperdulikan orang lain.

Belum sempat afie menjawab terdengar ketukan bergema dari luar. Dia menarik nafas lega seperti terlepas dari hukuman gantung sahaja lagaknya. “ masuk”

Arah lelaki itu sepatah dia terasa seperti diganggu dia sememangnya masih tidak puas ingin mengenakan gadis itu.

“eh papa! Mama! masuk la buat ape terjegul kat situ nikan bilik papa jugak” katanya mesra sambil mencium tangan lelaki tua itu.

“eh kalau tak silap itu tuan megat isran pengarah syarikat ni” desis hatinya. Dia pernah terserempak dengan lelaki tua ini beberapa kali ketika berada di dalam lif. Dia juga pernah menyediakan kopi putih kepada beliau.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bibirnya mengalunkan sebuah lagu perlahan sambil membancuh kopi putih yang dibelinya sediri dia memang tidak menggemari kopi yang biasanya diminum oleh pekerja disini . dia lebih gemar minum kopi putih yang aromanya lebih enak dicium.

“ade lagi tak kopi putih tu?” kedengaran suara serak lelaki bertanya kepadanya.

“eh en. Megat  ade nak ke? Kalau nak saya buatkan” pelawanya kepada pengarah syarikatnya itu. Terasa aneh kerana lelaki itu berada disitu. 

“kalau ade ape salahnya”

Dia berlalu ke tempatnya untuk mengambil kopi putih yang berada di bawah mejanya. Dia menyediakan secawan kopi putih kepada en.megat kemuadian mereka bersembang kosong di pantri sementara menunggu waktu kerja tiba. Tidak disangka pengarah urusan seperti en. Megat sudi untuk berbual dengannya.

“afie buatkan air kopi putih untuk saya boleh?” tanya en. Megat sekaligus menmecahkan bingkai lamunan afie sebentar tadi.

“a’ah boleh – boleh afie berlalu ke mejanya dan menarik sebuah kotak bewarna merah jambu di bawah mejanya dia mengambil dua buah mug yang baru dibelinya dikeluarkannya.sengaja dia membeli mug tersebut untuk persediaan jika bosnya sepertinya juga tidak suka berkongsi cawan dengan orang lain. Dua paket kopi putih segera turut dikeluarkannya. 

“encik shah dan datin pun nak minum kopi putih jugak ke?” tanya afie

“tak nak la saya nak kopi biasa tapi letak gula merah ye dua sudu je jangan letak susu” arahnya.

“jom afie saya temankan” kata datin zulia

“baiklah” seraya dia berlalu ke pantri  dia berjalan pantas ingin lari dari pandangan mata garang itu.

Amboi – amboi tengok afie sampai tak berkelip mata tu. Tegur megat isran apabila melihat kelakuan anaknya. Shah tersenyum sendiri apabila ditegur ayahnya.

“so how about him?” tanya datin zulia memulakan perbualan

“about who?” tanya afie semula masih kabur dengan pertayaan tersebut

“Shah la bos awak tu” jelas datin zu

“oh ntah la saye baru je nak kenal dengan dia tadi

"Don’t worry anak saYe tu okey dia tak banyak songeh baik pulak tu Cuma dia tu panas baran sikit la” terang datin zu.

Mereka melangkah semula ke bilik shah setelah air itu siap dibuat. Afie yang menatang dulang berjalan di belakang datin zu

Setelah mereka berkumpul di bahagian sofa mereka berbual – bual nasib baiklah hari ini erupakan hari kerja setengah hari jadi mereka dapat bersembang tanpa sebarang gangguan.

“afie malam ni datang rumah auntie erk auntie buat kenduri sikit sebab adik shah ni grad”

“malam ni erk? Insyallah afie datang dengan alif” kata afie

"Mata shah mencerlung memandang afie . siapa alif tu?"  Dia ingin bertanya tetapi hanya teserkat di tekaknya

Setelah hampir jam tiga petang afie meminta diri setelah menerima panggilan dari alif yang ingin megajaknya keluar makan bersama –sama. Setelah bersalaman dengan datin zu dia berlalu pergi. Datin zu dan megat isran juga  berlalu pergi dari pejabat tersebut. Manakala shah kembali ke ruangan pejabat nya.

Kedengaran telefon berbunyi di atas meja afie. shah menghampiri telefon tersebut hampir luruh jantungnya apabila melihat gambar afie dan lelaki tersebut berpelukkan nama yang tertera pula adalah “ABANG SAYANG”. Dia mula memikirkan hal yang tidak baik dengan gadis bertudung litup itu.

Afie kembali ke pejabat setelah menyedari telefon bimbitnya tertinggal. Dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibenarkan masuk oleh shah. Dia mengambil telefon bimbitnya dan memberi isyarat kepada shah bahawa dia mahu pergi apabila melihat shah sedang becakap di telefon.

***********************************

“Abang.. sorry adik lewat” sergah afie dari belakang dia teperangkap dalam kesesakkan jalan raya tadi satu kemalangan yang berlaku sudah cukup menyebabkan kesesakkan lalulintas berlaku. Dia mencium tangan abangnya.

“Takpe abang pun baru aje sampai ni” jawab alif sambil menepuk – nepuk tempat duduk di sebelahnya sebagai isyarat untuk adiknya duduk di sebelahnya. Mereka membuat pesanan kepada pelayan yang datang afie memesan semangkuk tomyam songklha kegemarannya manakala alif lebih senang makan nasi goreng cina.

“apehal abang ajak adik makan kat sini ni?” afie memulakan perbualan setelah makanan yang dipesan tiba.

“saje abang boring duduk rumah tadi lagipun harini abang nak kena ambik alexandra kat airport pukul empat kejap lagi dia sampai la.

“ex- wife abang datang sekali tak? Sape nama dia tu leeda?”

Hmm dia tak datang sekali sibuk katanya dia memang nak serahkan xandra kat abang dia tak nak dah anak tu” alif melepaskan keluhan berat. Perkhawinannya dengan seorang gadis amerika hanya bertahan dua tahun sahaja.

Perkhawinan yang dibina atas dasar sayang hancur apabila gadis itu menemui semula bekas teman lelakinya dan kembali kepada agama lamanya. Anak hasil perkhawinan mereka pula di bawanya bersama meninggalkan alif.

Setelah beberapa lama  bersama dengan lelaki itu lettha mendapat seorang lagi cahaya mata jadi anak yang berusia 4 tahun itu dia serahkan kepada abang kerana tidak disukai suaminya.

Alif menyapu bibir afie apabila sebutir nasi melekat di bibir manis itu. Mereka tertawa berdua apabila afie mengatakan bahawa sikap abangnya seperti watak utama dalam drama korea yang selalu ditonton afie.

 Tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhati mereka dari jauh. Tangan afie dan abangnya bertaut semasa ingin membuat pembayaran di kaunter restoran itu kerana ingin mengajuk salah sebuah babak dalam drama tersebut.

>>>>>>>>>>>

“xandra! “ Alif menjerit sedikit apabila anak dan rakannya itu keluar dari balai ketibaan. Gadis kecil itu berlari mendapatkan ayahnya.

 Sungguh mereka saling merindui. Alif mencium wajah anaknya berkali – kali air matanya yang menitis tidak diperdulikan. Hanya tuhan shaja yang tahu bagaimana perasaan nya tika ini. 

Iskandar hanya memerhati situasi tersebut tidak sedikit pun dia berkutik.

“i miss you dad” kata xandra

“papa pun rindu xandra” sengaja dia bertutur dalam bahasa melayu dia ingin anaknya terbiasa dengan adat dan pertuturan orang melayu. Setelah pelukan mereka dileraikan alif 
menarik tangan afie dan memperkenalkannya kepada xandra.

Xandra memeluk afie dan membisikkan sesuatu ke telinga afie “uncle is loves you auntie” mulut afie terlopong apabila mendengar kata – kata gadis kecil itu. 

Iskandar tersenyum sennag dia sendiri yang menyuruh gadis itu membisikkkan perkara tersebut kepada afie sebentar tadi. Afie menjadi sedikit tidak keruan.

Beg xandra dikeluarkan dari pos penilaian dan mereka menuju ke arah parking lot. afie dan xandra menuju ke tingkat bawah manakala alif dan iskandar menuju ke tingkat tiga kerana kereta alif di pakir disana.

Xandra yang pada mulanya tidak mahu berenggang dengan ayahnya berkeras ingin pulang bersama afie mahu tidak mahu mereka terpaksa berpisah disitu,  kerana alif tidak sampai hati menyuruh iskadar memandu keretanya pulang.

 Iskandar sudah banyak membatunya mendapatkan semula hak penjagaan xandradan akhirnya hak penjagaan xandra di beri kepada alif dan dia dibenarkan mendapat kewarnegaraan malaysia.



3 comments:

  1. makin besar lak plot cte ni kn? n watak baru muncul, dan mgkn gak ni watak hero utama...
    Polisi sebilik bos n PA tu cam agak pelik. Mksd, cam L n P dlm satu bilik tp reason dia munasabah. Jk jd cam en Shah, mkgn gak akan marah, sbb perlukan privasi. lol!

    ReplyDelete
  2. pasal Bos ngn PA dlam 1 bilik 2 mmg ade cedok sikit polisi syarikat ayah sy :D

    ReplyDelete
  3. oic.. kot2 dia cam strict sket part yg pompuan n laki sebilik. Tp sy paham da. lol

    ReplyDelete

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya