Friday 16 December 2011

BAB 6

“Hello.. assalamualaikum” kedengaran suara lembut datin zu bercakap di hujung talian.

“walaikumsalam ya auntie ada ape ya?” tanya afie. Dia yang keletihan setelah membawa xandra membeli pakaiannya mereka pulang kerumah manakala afie ke rumah Nia kerana ingin membantunya membuat 1000 keping kad jemputan bagi pelanggan syarikat mereka. Rekaannya masih belum ditentukan jadi Nia meminta dia mereka sendiri kad tersebut.

“lupa ya malam ni kan auntie buat kenduri kesyukuran sikit afie tak datang ke?”

“oh maaf ya auntie afie betul – betul terlupa lagi pun tayar kereta afie pecah. Mungkin tak ada rezeki agaknya xandra berjumpa dengan auntie malam ni”

“takpe afie siap aje kejap lagi auntie suruh pak man jemput ye” talian terus dimatikan afie tahu itu caranya datin zu memaksanya.

Dia bangun dari sofa tersebut menuju ke pintu dia perlu pulang segera untuk bersiap nia yang baru sahaja keluar dari kamar mandi terkejut apabila melihat afie yang berlari – lari anak meninggalkan rumahnya.

“nak balik tak bagi tau” getus nia.

“Xandra teman mama ya “ katanya kepada gadis kecil yang sedang ralit bermain dengan anak patungnya.

“Pergi ke mana?” tanya xandra

“Majlis kawan mama kejap lagi dia dah nak datang ambil” jelas afie mengharap sekurang – kurangnya dia mempunyai teman untuk ke sana.

“okey jom” xandra memberi persetujuan dia suka melihat pembangunan di negara ini. Dia masih tidak puas mencuci mata walaupun selepas seharian bersiar – siar.

Mereka melangkah kebilik. Afie mengenakan jubah moden berwarna merah jambu dengan tali pinggang putih dililit ke pinggang rampingnya. Selendang yang baru sahaja di belinya juga digayakan mengikut trend terkini. Dia sekadar bersolek nipis baginya sudah cukup secalit lipstik dan alas bedak yang berada di wajahnya.
 Xandra pula memakai baju kurung inggeris yang di hadiahkan alif kepadanya siang tadi. Afie meletakkan beberapa jenis sepit di kepala Xandra menyerlahkan lagi penampilannya. Dia yang masih membelek – belek wajah xandra terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. 

“hah  kenapa pulak encik shah yang ambil saya?” tanya afie sedikit terkejut

“cepat la turun banyak tanya pulak kau ye menyusahkan betullah. Lain kali kalau rasa kereta awak dan awak yang macam sampah tu nak menyushkan orang awak susahkan orang lain boleh tak? Jangan menyusahkan saya.” kata – kata shah yang kesat itu benar – benar menguris hatinya.

“takpe la encik shah encik balik aje la saya tak nak menyusahkan encik shah” katanya sebak shah sudah melampaui batas. Dia terasa dihina semahunya oleh shah. Entah apa salahnya kepada lelaki itu sehingga dia dihina sebegitu.

Setelah beberapa kali shah mencuba untuk menelefon gadis itu dia mulai berputus asa dia berasa bersalah kerana telah menghina gadis itu tadi. Hatinya masih sakit melihatkan gambar yang tertera di telefon gadis itu tadi bersama dengan lelaki yang dilihatnya makan bersama dengan lekai itu tadi. Dia sendiri pelik kenapa dia marah – marah dengan perkara tersebut. Dia memecut keretanya keluar dari kawasan perumahan itu.

Afie terkedu apabila xandra memeluknya kerana ingin menenangkannya. Hatinya benar – benar tersentuh dengan perlakuan xandra. Dia mencari sedikit kekuatan untuk menghadiri majlis tersebut.

Datin Zu benar- benar mahukan dia dan Xandra berada disitu.  Dia tidak mahu memandu dengan emosinya yang tidak stabil. Dia melangkah ke bilik Alif dan mengetuknya bebrapa kali. Iskandar membuka pintu untuk keluar hampir – hampir Afie berlanggar dengan Iskandar kerana ingin cepat- cepat berjumpa dengan Alif. Iskandar tertawa kecil melihat kelam kabutnya  Afie.

“Abang bangun la hantarkan adik dengan Xandra adik dah nak pergi ni” gesa afie sudah beberapa minit dia mengerak abangnya namun masih tidak mendapat respons. Dia mengarahkan xandra mengambil air utuk di percikkan ke muka alif.

“Ish ape ni abang letih la nak pergi – pergi jela. Kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?” marah Alif dengan suara meninggi apabila terasa muka nya dipercik air. Dia yang keletihan tidak suka diganggu sebegitu.

“Takpe la” hanya sepatah Afie menjawab dia berlalu pergi air matanya menitis sekali lagi hanya kerana ingin tidur Alif tega menjerkahnya sebegitu rupa.

Afie  duduk di sofa di ruang tamu. Hari ini sahaja sudah dua kali dia dikatakan menyusahkan orang  dia benar – benar tidak suka keadaan tersebut. Air matanya diseka menggunakan tisu yang diambil dari meja yang berada disisinya. Dia perlu bertenang dia tidak mahu tenggelam dalamm emosi.

 Iskandar yang masuk kedalam bilik selepas itu terkejut melihat Alif yang sedang memujuk xandra kerana gadis kecil itu menangis. Dia mencari – cari kelibat afie kemudian barulah dia bersuara.

“kenapa ni? Kenapa xandra menangis?” tanya iskandar kebingungan

“papa scolded mama” kata xandra sambil menagis. Dia juga terkejut apabila papanya menjerkah afie tadi. Tidak pernah dia mendengar lelaki itu meninggikan suara kepada sesiapa. Dia menangis kerana mula merasa takut dengan sikap ayahnya yang berkelakuan seperti ibunya selalu menggikan suara kepadanya.

“weh kenape kau marah afie?” tanya iskandar

“takde tadi aku tengah tidur aku pun tak tau kenape tiba – tiba aje aku nak marah – marah so aku terlepas cakap dengan afie tadi. Eh kau nak pergi rumah mak kau kan korang pergi sekali la” kata alif dia benar – benar rasa itdak sihat hendak bangun pun kepalanya terasa sakit.

“la dia nak pergi rumah mak aku ke? Kenapa tak bagitau okey la xandra weap your tear let’s go now” arah iskandar dia berlalu ke ruang tamu untuk mendapatkan afie. Dilihatnya gadis itu sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

“afie jom pergi dengan abang Is. Kita satu jalan ni abang Is pun nak pergi sana jugak” kata iskandar lembut. Dia tidak mahu gadis itu menangis seperti tadi tidak sampai hati rasanya. Xandra menarik – narik tangan afie untuk mengikutnya.

“Abang betul ke ni nak hantar kami Afie tak nak menyusahkan” lirihnya dia tidak mahu perkataan tersebut keluar dari bibir Iskandar pula. Walhal sebenarnya dia sudah tawar hati untuk ke sana.

Iskandar hanya tersenyum ke arah afie. Xandra yang diriba afie mula menguap mengantuk barangkali. Lagu yang berkumandang di radio pun berentak perlahan seolah – olah sedang mendodoikan mereka.

“afie kalau letih riba xandra suruh dia tidur kat belakang tarik kerusi tu kedepan sedikit” iskandar cuba memecahkan kebisuan antara  mereka.

“takpe la kesian dia tidur kat belakang it’s better she here” kata afie dia mula menyayangi anak yang baru sehari di kenalnya.

“afie kejap lagi jalan dengan abang ya abang segan kalau jalan sorang – sorang” pinta 
iskandar.

Afie mengangguk perlahan ahh bukannya buat ape pun sekadar berjalan bersama lagi pun kan ada xandra.

***********************************
Setelah sampai ke rumah itu iskandar berlalu ke belakang dia mengerak - gerakkan tubuh kecil xandra. Afie hanya berdiri di sebelah iskandar hanya memerhati perlakuan iskandar. Iskandar dengan sabar memujuk xandra untuk bangun setelah itu Rambut xandra disisirnya rapi .

Mereka berjalan beriringan ke dalam rumah itu ada mata –mata  memerhati mereka iskandar sekadar berlagak  selamba. Tangan xandra dipegang mereka erat seolah – olah sebuah keluarga bahagia sahaja bila mereka berjalan seperti itu.

“afie nah ambik ni auntie suruh bibik buatkan tadi afie tak minum air ais kan? Tegur datin zu setelah melihat afie dan xandra duduk di satu sudut rumah. Iskandar pula entah kemana menghilang. Secawan air suam diberi kepadanya xandra yang duduk disisi afie pula sedang menikmati yougurt strawberi  kegemarannya.

“eh ape ni auntie susah – susah aje afie tak kisah la” katanya sekadar berbasa basi.

“xandra ni mama kenalkan ni auntie zu auntie ni la xandra.”  Afie memperkenalkan xandra kepada datin zu. Datin zu tertarik dengan wajah xandra yang comel itu. Dia ada menyuarakan hasratnya untuk menjadikan xandra sebagai model pakaian kanak – kanak  di syarikatnya setelah melihat gambar xandra diskrin telefon bimbitnya tadi. Kerana itu juga lah dia terpaksa berada di situ tika ini.

“Paggil aje nenek ya sayang” kata datin zu sambil mengusap – usap rambut gadis itu. Tumpah rasa sayangnya kepada anak itu. Sudah lama dia menginginkan seorang cucu namun entah bila hasratnya akan tertunai.

“eh auntie kata shah ade abang kan mane dia tak datang ke? “ Afie memulakan perbualan setelah agak lama mereka berdiam diri.

“ade tengah tukar baju la tu diorang nikan susah sangat la bila auntie suruh pakai baju melayu”

“biasa la tu auntie dah besar – besar ni susah la auntie nak atur”

“Papa is!!” Jerit xandra sejurus berlari ke arah iskandar. Iskandar mencium pipi gadis itu 
dan medukungnya kearah mereka semula.

“xandra kenal uncle is ni?” tanya datin zu sedikit kehairanan

“papa is ni papa xandra nombor 2” petah gadis itu menjawab

“ha afie ni la anak sulung auntie baru aje sampai dari zurich katanya”
Afie hanya tesenyum dan menjeling kearah iskandar dia terkejut iskandar lah abang shah yang diceritakan kepadanya sebelum ini. Rupanya iskandar telah menipu keluarganya dengan memberitahu mereka yang dia baru sahaja tiba sedangkan sudah hampir dua minggu dia berada di rumah afie. Iskandar mengambil tempat disisi afie xandra pula sedang duduk dipangkuan iskandar.

“xandra mari sini duduk atas mama kesian papa Is nak riba awak” kata afie kesian juga dia melihat iskandar yang terpaksa berkongsi pinggan dengan xandra.

“eh takpe biar aje dia makan dengan abang is” kata iskandar sambil menyuap mulut kecil itu. Perlakuannya terhenti apabila melihat afie yang memerhati mereka dia tidak makan apa – apa. Dia tidak lapar kejadian tadi sudah mematahkan seleranya untuk makan.

“afie tak makan? Kenape ni stilll ingat pasal tadi ke abang afie tu memang macam tu tak sihat agaknya” pujuk iskandar. Dia faham pergolakkan yang berlaku dalam hati afie mungkin afie masih bersedih.

“hmm afie tak pe afie tak lapar. Eh abang nak tidur sini ke? Kalau nak tidur sini Afie boleh balik sendiri Afie dah okey” dia bertanya kerana terdengar permintaan Datin Zu kepada Iskandar sebentar tadi.

“ Afie curi – curi dengar perbualan abang dengan mama abang eh?” teka Iskandar. Muka Afie mula memerah dia terlepas cakap kerana tidak tahu apa yang perlu dibualkan dengan lelaki itu.

“terdengar bukan curi – curi dengar” afie menyangkal tekaan Iskandar. Dia cuba menyembunyikan rasa malu kerana Iskandar tahu perbuatannya.

“ Iye la tu pandai la cover kita tidur sini la malam ni mama abang pun cakap cam tu tadi lagipun dah lewat ni esok pagi kita balik la” kata Iskandar. Dia cuba mencari reaksi Afie.

“hmm tak payah la nanti Afie balik sendiri aje jangan la risau” Afie cuba meyakinkan Iskandar. Dia tidak mahu terserempak dengan Shah , orang yang paling dibencinya tika ini.

Iskandar bangun dan mendukung xandra yang sudah tertidur di pangkuannya mendaki tangga dan naik ke atas afie terkejut dengan situasi itu namun tidak sempat menghalang kasihan juga dia dengan xandra mungkin gadis kecil itu keletihan agaknya. Afie bangun menuju kedapur yang terletak tidak jauh dari situ. Dia mengintai jika ada perkara yang dapat dibantunya sebelum dia pulang. Hanya makteh berada disitu.

“afie tolong mak teh kejap basuhkan pinggan – pinggan ni” kata makteh setelah afie bertanyakan jika dia perlukan pertolongan.
Afie mengambil alih tugas mak teh membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun itu. Mak teh pula mengelap pinggan mangkuk itu dengan beberapa orang gadis mungkin sepupu iskandar agaknya.

Setelah selesai membasuh pinggan mangkuk afie ingin meminta diri di capainya tas tangan melihat jam pada telefon bimbitnya. Dia mempamerkan riak tekejut ternyata Sudah hampir pukul 1 pagi. Pelbagai andaian bermain difikirannya Iskandar yang masuk ke dapur menegurnya.

“kenape ni cuak aje muka tu hah”

“dah dekat pukul satu kenapa abang tak bagitau afie takut la nak balik sorang – sorang” adu afie

“kan abang dah kata tidur sini xandra pun dah tidur tu kesian la nak kejutkan dia lagi pun abangkan selalu tumpang rumah afie kali ni afie la pulak”

Afie mengeluh dia tiada pilihan lain selain tidur di situ hatinya tak rela menumpang di rumah orang yang sudah menghinanya.

“takpe la afie tak bawa baju lagipun  tak manis afie tumpang sini” afie masih memberikan alasan. Iskandar tersenyum banyak sungguh idea gadis ini untuk mencipta alasan tadi sahaja pelbagai alasan diberinya ketika iskandar mahu memperkelnalkannya dengan sanak saudaranya.

“tidur sini aje afie lagipun baju lin tu banyak saiz dia lebih kurang aje dengan awak. Lagipun kesian xandra takkan nak kejut dia pulak” dati zu menyampuk dari belakang.

“hmm afie tanya ibu dulu kalau dia bagi afie tidur sini” dalam hatinya mengharapkan ibunya akan menyelamatkannya dengan menyuruh dia pulang.

“takpe tadi abang dah telefon rumah,  mama abang dah mintak izin ibu bagi afie tidur sini”

Afie tak dapat mengelak lagi. Dia tidak tahu hendak kemana jadi dia mengikut iskandar berjumpa dengan saudaranya yang masih belum pulang. Setelah hampir keseluruhan keluarga besar itu diperkenal kepadanya dia disuruh masuk tidur.

Kata iskandar matanya sudah seperti mata panda menahan kantuk. Dia naik ke bilik setelah jam menunjukkan dua pagi sungguh matanya tidak dapat di tahan lagi. Iskandar menunjukkan bilik tetamu di sebelah biliknya kelihatan xandra sedaang enak tidur iskandar menyuruhnya tunggu di luar manakala dia masuk untuk menjenguk xandra.

“apa awak buat kat sini? Kata tak mahu dataang” sergah shah apabila melihat gadis itu ada di situ geram dia kerana gadis itu berlagak hipokrit dengan memakai jubah seolah – olah gadis baik sedangkan dia sewenang – wenangnya bertepuk tampar dengan lelaki tersebut di restoran tadi.

Afie yang terkejut spontan terjerit kecil. Dia menoleh untuk mencari gerangan yang sudah mngyergahnya tadi.

 ” Saya.. saya tidur kat sini” jawab afie perlahan dia berpaling ke arah pintu tidak mahu melihat wajah orang yang di bencinya kala ini.

“kenapa pulak kau nak menggatal dengan sape pulak kat sini dengan bapak aku?” jerkah shah dia terkejut apabila mendengar pernyataan gadis itu.
Iskandar keluar dari bilik itu setelah mendengar kekecohan yang berlaku di luar pintu bilik itu ditutupnya supaya tidak menganggu tidur xandra. Datin zu dan dato’ megat juga keluar dari bilik mereka menuju ke hadapan bilik tetamu itu.

Hati afie makin terguris dia masuk kedalam bilik dan mengabil tas tangannya dia bersalaman dengan kedua orang tua iskandar dia kemudia turun ke bawah “ afie nak balik” hanya itu yang keluar dari bibirnya.

Iskandar menarik tangan afie menghalangnya dari bertindak melulu. Iskandar mengajak afie duduk di tepi kolam renang yang ada di tepi rumahnya. Dia ingin sekali menenangkan gadis itu. Afie menolak tangan iskandar kasar.

“kalau abang tak nak hantar afie takpe nanti afie menapak aje balik rumah” katanya

“afie sabar dulu cuba dengar dulu cakap is tu” sampuk dato’ megat. Tanpa sebarang kata Afie hanya menurut langkah iskandar ke kolam renang itu.

“hmm ade ape?” tanya afie acuh tak acuh. Sekadar menghormati permintaan tuan besar syarikatnya itu.

“kenapa afie dengan shah tu korang ade masalah ke?” tanya iskandar dia sendiri terkejut mendengar afie di tengking adiknya sebentar tadi. Afie menceritakan setiap yang berlaku antara dia dengan shah dari mula shah masuk ke pejabat sehinggalah kejadian tadi.

Didalam rumah shah, datin zu dan dato’ megat duduk di ruang tamu. Datin zu yang geram dengan perlakuan anaknya mula meleter.

“kenapa shah buat macam tu? Mama malu tau dengan afie.” Dia yang beria – ria mengajak gadis itu tidur disini tadi kemudian gadis itu di malukan pula anak lelakinya itu.

“shah tak buat apa – apa pun shah terkejut aje dia cakap dia nak tidu sini tak malu ke dah datang kenduri rumah orang lepas tu nak tumpang tidur pulak” dia cuba membela dirinya.

“tapi mama dengan papa yang mintak dia tidur kat sini tau tak?” marah datin zu. Ayahnya hanya mengambil inisiatif berdiam diri. Mujur sanak saudaranya tidak tebangun akibat jerkahan shah tadi Cuma beberapa orang yang masih berjaga sahaja mencuri – curi pandang kearah mereka.

“hmm mama tak takut ke perempuan macam dia tu tidur sini hipokrit tu ma depan mama tunjuk baik entah – entah dia nak rampas papa dari mama tak pun tu hah nak kikis harta abang is tu.” Dia menambah sambil menjeling ke arah abangnya dan afie yang duduk di tepi kolam renang itu. sengaja dia berjkata begitu kerana mahu ibunya tahu perihal afie.

“sudah lah shah kalau dia nakkan papa dari tiga tahun lepas lagi dia dah goda papa tak perlu sekarang!” dato’ megat tidak duduk diam sekarang dia tidak suka tetamunya itu dihina sewenang – wenangnya.

Belum sempat shah menjawab apa – apa iskandar dan afie masuk semula kedalam rumah afie terus ke atas mengambil xandra. Iskandaar pula menyertai keluarganya.

“Afie nak balik jugak is dah call mak dia nasib baik diaorang tak tidur lagi. Malam ni is tidur kat sana ajela lewat dah nak balik pun, esok pagi is balik sini ya ma?” Kata iskandar setela melabuhkan punggung disisi ayahnya.

Afie yang turun kebawah  dengan mengendong xandra. Iskandar bangun dan mengambil xanda dari tangan afie. Afie menurut iskandar bertemu dengan ibu bapa nya bagi meminta diri.

“auntie mintak maaf ya afie, auntie tak tau akan jdi camni.” Kata datin zu dengan perasaan bersalah .


“Takpe afie tak kesah pun auntie bukan salah auntie dah lewat ni afie balik dulu ya uncle , auntie” afie berlalu menyaingi langkah iskandar. Shah menghantar afie dengan jelingan tajam ingin sahaja dia memaki gadis yang sedang belagak sopan itu!

2 comments:

  1. cte ni npe tak post kat penulisan2u? kat situ ada ramai pembaca. Cte ni agak best setelah afie dlm dunia kerjaya. mksd, dia dah menjadi matang pas memori lalu yg sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenape ta post dekat penulisan2u.. sebab segan kot citer ni ta de laaa sebest mana pon .. thanks sebab sudi bace

      Delete

 
semua kandungan bertulis adalah hak milik mutlak afie safiyya